‘DAP semakin kurang ajar, memperlekeh Islam’


Penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara, dakwa Hishamuddin Abdul Karim

(Berita Daily) –  DAP sebagai parti rasis dan cauvinis yang semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

Demikian kata, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Hishamuddin Abdul Karim ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyatakan
Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

Menurut Hishamuddin, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dipetik berkata pelampau mungkin mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” lapor portal Ismaweb memetik kenyataan Hishamuddin.

Dalam pada itu, Hishamuddin menegas ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

Katanya, sewajarnya beliau memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu.

“Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya.

Beliau turut mendakwa seoran lagi bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan ‘sohai’.

‘Sohai’ adalah satu carutan yng sering digunakan oleh kaum Cina yang membawa maksud ‘gila’ atau ‘kurang siuman’.

“Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.”

“Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” jelas Hishamuddin sambil menambah penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

Hishamuddin juga menggesa pihak berkuasa supaya satu siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan serta mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf rasmi.

 



Comments
Loading...