DATUK RASHID: SPR DI BAWAH MAHATHIR PENUH DENGAN PENIPUAN
(MY MASSA) – Kritikan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keturunan Bugis sekaligus mencerca keturunan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata penganalisis politik, Raja Sara Petra.
“Sultan Selangor dari keturunan Bugis. Begitu juga saya. Adakah Mahathir katakan Sultan dan keseluruhan keluarga Diraja Selangor adalah lanun?” soalnya mengulas ucapan Dr Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, Sabtu lepas.
Dr Mahathir pada himpunan berkenaan menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lanun Bugis, dan mengarahkannya untuk “balik Bugis”.
“Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis,” kata Dr Mahathir.
ARVE Error: src mismatch
provider: youtube
url: https://www.youtube.com/watch?v=kkdUjAeOygM&t=11s
src in org: https://www.youtube.com/embed/kkdUjAeOygM?start=11&wmode=transparent&rel=0&feature=oembed
src in mod: https://www.youtube.com/embed/kkdUjAeOygM?start=11&wmode=transparent&rel=0
src gen org: https://www.youtube.com/embed/kkdUjAeOygM?start=11
Jelas Raja Sara, dakwaan menyamakan Najib sebagai lanun hanya kerana terdapat golongan tersebut dari kalangan Bugis adalah sama seperti menyamakan semua Mamak sebagai pengkhianat.
Katanya, hanya kerana seorang Mamak membantu menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, tidak adil untuk menyamakan semua Mamak dengan perangai sedemikian.
“Dan hanya kerana Mahathir mungkin seorang Mamak jahat, tidak bermakna semua Mamak jahat,” tegasnya lagi.
Raja Sara turut mengulas mengenai sambutan hambar himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya tersebut dimana hanya 4,000 peserta hadir pada waktu kemuncak – jauh daripada sasaran awal seramai 100,000 orang.