KERJASAMA PAS-UMNO SUDAH LAMA BERLAKU


DARI SUDUT LAIN

Isu kerjasama antara PAS dan Umno masih tidak berkesudahan. Media massa terus memainkan berbagai berita berkenaan perkara ini. Terbaru, The Malaysian Insight melalui penulis Zulkifli Sulong, seorang yang rapat dengan Dato Mustafa Ali melaporkan bahawa bekas pemimpin PAS Pusat itu menggesa agar disegerakan kerjasama secara rasmi antara PAS dan Umno. Perkara yang sama turut dilaporkan menerusi Sinar Harian dan juga Malaysiakini.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/19566/

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-umno-wajar-bentuk-kerjasama-mustafa-1.746496

https://www.malaysiakini.com/news/399136

Kenyataan veteran PAS ini agak pelik kerana beliau masih lagi baru melepaskan jawatan di peringkat pusat. Pada tahun 2016 ketika beliau masih sebagai pemimpin, keputusan berkenaan hubungan antara PAS dan Umno telah dibuat oleh badan tertinggi parti tersebut iaitu Majlis Syura Ulamak (MSU). Setiausahanya Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh menyatakan hubungan antara PAS dan Umno hanya sebagai hubungan antara kerajaan dengaan kerajaan dan kerajaan dengan rakyat.

https://www.youtube.com/watch?v=4nTUl4cXV8k

Presiden PAS juga menegaskan pendirian beliau adalah sama dengan  MSU, di mana kerjasama yang berlaku antara dua parti tersebut adalah di atas konsep taawun. Demi kepentingan agama, negara dan rakyat, parti tersebut sanggup untuk duduk sekali dengan pemimpin Umno.

Setakat ini, telah banyak kerjasama yang berlaku sejak PAS memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Antara yang terawal adalah dalam menangani masalah banjir di Kelantan. Kedua parti tersebut telah bersama dalam Jawatankuasa Bencana Banjir. Kerajaan negeri telah menyediakan sejumlah tanah kepada kerajaan Pusat untuk dibangunkan penempatan kepada mangsa banjir. Kini proses tersebut telah hampir siap. Namun perkara tersebut tidak menyenangkan PKR yang masih menjadi sekutu PAS pada masa itu.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-kerjasama-dengan-umno-1.45086

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/01/09/pkr-bantah-kerjasama-umno-pas/

Kerjasama yang lebih jelas telah berlaku di parlimen, dalam menangani RUU355. Menurut presiden PAS, oleh kerana perkara tersebut melibatkan kepentingan rakyat, maka PAS menyeru Umno dan semua pihak untuk menyokong usul yang dibawa oleh Presidennya. Walaupun kedua parti terbesar orang melayu dan Islam itu mengalami masalah dengan rakan politik mereka di dalam Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional, namun pendirian keduanya tetap sama dalam memperjuangkan hak orang Islam itu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembentangan-ruu-355-hasil-perpaduan-umno-dan-pas-abdullah-142088

Antara contoh kerjasama yang pernah berlaku antara kedua pihak ini adalah dalam menangani isu rohingya. Kelibat pemimpin utama Umno dan PAS sering muncul bersama dalam beberapa program seperti Himpunan Solidariti Ummah, pelancaran kapal Food Flotila For Myanmar, dan juga Internasional Conference on Rohingya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/kerjasama-umno-pas-perjuang-isu-rohingya-pamer-kematangan-berpolitik-asraf-wajdi-124744

Dengan semua perkembangan ini, kerjasama antara PAS dan Umno setakat ini sudah cukup matang dan baik walaupun secara rasminya tiada sebarang hubungan yang mengikat kedua parti ini. PAS setakat ini masih bertegas akan menyertai pilihanraya sebagai blok ketika dengan Gagasan Sejahtera.

http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WobZpnaA==

BPMS yang diperkenalkan oleh PAS nampaknya tidak berlaku setakat dengan Umno sahaja. PAS turut bersama perjuangan NGO-NGO lain dan semua pihak. Terbaru mereka bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam memerangi gangster yang didakwa sebagai dalang sindiket perjudian di negara ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/24/pas-sokong-ppim-bongkar-aktiviti-9-dragon/

Apa yang menghairankan juga, Mustafa Ali sebelum ini dikatakan sebagai pemimpin yang berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam strategi menghadapi pilihanraya. Mustafa cenderung untuk kekal dengan situasi pertandingan dua penjuru antara pemerintah dan pembangkang. Beliau juga cenderung untuk terus berunding dengan Pakatan Harapan terutamanya PKR. Atas sebab inilah, beliau didakwa tidak lagi dipilih untuk menerajui kepimpinan Pusat terutama pada jawatan Pengarah Plihanraya, sesuai dengan keputusan Muktamar parti tersebut yang sebulat suara mahu memutuskan kerjasama dengan PKR.

https://www.malaysiakini.com/news/344004

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-bersatu-runding-elak-tiga-penju

 



Comments
Loading...