Mahathir Cuba Jatuhkan Najib Kerana Mukhriz Kalah Pemilihan Naib Presiden UMNO
(Bernama) – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana bangsa atau negara sebaliknya disebabkan kuasa.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, agenda Dr Mahathir bermula pada 2013 selepas anaknya Datuk Mukhriz Mahathir kalah dalam pemilihan Naib Presiden Umno.
“Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa.
“Bukan (kerana) soal agama, bukan soal bangsa tetapi sebab dia masih mahu kekal berkuasa,” katanya pada Dialog Destini Bangsa: Istiqamah Bersama Umno/BN di sini, hari ini.
Semasa mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Najib pada Jumaat meniru dasar kebajikan di Selangor, Annuar berkata rakyat lebih pandai menilai perkara itu.