Ambiga Sumber Kepada Pembohongan Penulis Sarawak Report
(Mynation News) – Ini jelas bertentangan dengan dakwaan Clare sebelum ini yang mendakwa memiliki dokumen dan pembelaan terbaharunya ini sekaligus mendedahkan penulisannya terhadap Abdul Hadi adalah bersandarkan kepada cakap-cakap sahaja.
Selepas gagal mengemukakan bukti terhadap penulisannya kononnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membayar RM90 juta kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penulis Sarawak Report mendakwa dia mendapat maklumat itu dari bekas pengerusi Bersih, S Ambiga.
Clare Rewcastle Brown sebelum ini mendakwa memiliki dokumen bagi menyokong dakwaannya terhadap Abdul Hadi, gagal berbuat demikian pada 2 Ogos lalu sebagai pembelaannya terhadap perintah dikeluarkan Mahkamah London.
Baca: Clare Rewcastle gagal kemuka dokumen pembelaan
Melalui pembelaan terbarunya yang dikemukakan ke mahkamah di London, wanita warga British itu kini berkata dia bercakap dengan Ambiga mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.