Clare Brown Cipta Helah Bila ‘Petik’ Nama Morais?
(Malaysian Access) – SELEPAS menamakan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pengasas Sarawak Report,
Claire Rewcastle Brown kini menamakan pula Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais dalam isu sama.
Brown mendakwa Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri mengenai skandal 1MDB.
Brown membuat dakwaan itu dalam pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah yang difailkan terhadapnya di United Kingdom oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Brown juga mendakwa menerima dokumen itu sehari selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengosongkan jawatannya pada 27 Julai 2015.
Brown mendakwa Morais telah memberikannya maklumat mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan peguam itu merancang bertemu dengannya di London.
Persoalannya, benarkah Morais ada berurusan dengan Brown dan untuk apa Morais perlu berbuat demikian?
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memaklumkan, Morais tidak terlibat dalam sebarang siasatan kes 1MDB.
Pertukaran semula Morais ke Jabatan Peguam Negara dari SPRM yang berkuat kuasa 15 Julai 2014 adalah untuk menduduki semula jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Rayuan dan Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara.
Pada 16 September 2015, Morais ditemukan dibunuh di kawasan berhampiran Sungai Buloh, Selangor.
Mayat Morais disumbat ke dalam guni serta dimasukkan ke dalam tong dram yang dicurah simen dan ditenggelamkan ke dalam paya di Jalan Subang 3, Subang Jaya.
Morais sebelum ini dilaporkan hilang dan siasatan mendapati mangsa dilarikan di Jalan Dutamas, Damansara di Kuala Lumpur semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 4 September 2015.
Sewaktu berkhidmat, Morais mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi antara lainnya membabitkan kes bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Sime Darby Berhad Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid yang didakwa melakukan pecah amanah dan menipu.
Morais juga merupakan Timbalan Pendakwa Raya dalam beberapa kes membabitkan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang didakwa rasuah berkaitan duti import arak.
Pada kes mendiang Kevin Morais, kes kematiannya sudah pun diadili di mahkamah, malah pembunuhnya sejumlah 6 orang telah pun sudah disabitkan kesalahan.
Bahkan kes yang disiasat oleh Morais inilah yang mengakibatkan nyawanya melayang iaitu kes berkaitan rasuah pembelian peralatan tentera.
Jika pada 11 Oktober lalu Brown menyebut nama orang yang masih hidup iaitu Ambiga kini Brown memetik pula nama orang yang telah pun meninggal dunia.
Jadi senang cerita, tiada timbal balas atau pengesahan perlu dihadapi Brown kerana orang yang diceritakan itu telah tiada.
Adakah Brown cuba menyembunyikan pihak yang mengupahnya lalu memetik nama Ambiga dan Morais?
Sudah tentu Brown akan melindunginya kerana bayaran yang diterima bukan sedikit tetapi difahamkan berpuluh juta.
Ternyata Brown seorang yang psiko yang menganggap kerja bercerita berkenaan orang lain adalah haknya.
Namun, apabila pihak lain bercerita berkenaannya di anggap pula sebagai serangan individu ke atasnya pula.
Apa yang penting adalah, Brown perlu membuktikan kepada mahkamah tarikh wang dari Najib masuk ke dalam akaun Abdul Hadi?
Adakah Brown mempunyai bukti itu?
Siapa lagi pula selepas ini yang namanya akan dipetik oleh Brown?
Orang yang hidup sudah, orang yang mati pun sudah. Mungkin selepas ini orang yang hilang pula namanya akan dipetik Brown.
Semuanya tidak mustahil kerana ia terpaksa dilakukan oleh Brown demi menyelamatkan dirinya dan individu sebenar yang menyalurkan maklumat kepadanya.
Sampai bila Brown mampu mencipta helah dalam kes saman berkenaan?
Kebenaran pasti akan terbongkar juga ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Brown mungkin terlupa, pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Tunggu …