Husni dicabar ulang dakwaan anak saudara diliwat Anwar
(MMO) – Bekas menteri kewangan II dicabar mengulangi dakwaan di luar Parlimen bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meliwat anak saudaranya.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicabar oleh pemimpin PKR Datuk Johari Abdul, yang mempertikai kewajaran pemimpin Umno itu membuat tuduhan sedemikian.
Johari, ahli parlimen Sungai Petani, berkata dakwaan Husni minggu lalu tidak sesuai kerana Anwar tidak berada di Dewan Rakyat untuk membela diri.
Beliau akan membuat aduan qazaf terhadap Husni, yang membangkitkan dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2018 dan menamakan anak saudaranya.