Shafie disiasat lagi, sokong kontrak RM43 juta


(MMO) – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disiasat lagi hari ini, kali ini berkaitan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti di Sabah.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pagi tadi, lapor Berita Harian.

Timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata ahli politik pembangkang itu tidak ditahan tetapi hanya membantu siasatan.

Shafie, kini presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), direman lapan hari bulan lepas berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah.

Setiausaha Warisan menjelaskan Shafie dipanggil berhubung satu kes lama. “Ia cuma kes kecil berhubung bil lama yang disiasat SPRM,” kata Loretto J Padua.

Portal itu difahamkan ia berkaitan tandatangan Shafie bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk mendapatkan kontrak RM43 juta.

 



Comments
Loading...