Blogger Raja Petra Isytihar Perang Dengan Media ‘Lubang Tahi’ Pembangkang
(Malaysia Digest) – Blogger Raja Petra Kamarudin mengisytiharkan perang dengan sebuah portal pro-pembangkang ekoran penerbitan sebuah artikel pendapat yang mencela penulis politik Malaysia yang menetap di United Kingdom itu.
‘Perang’ berkenaan selepas media pembangkang itu mengulas penulisan Raja Petra mengkritik bekas Presiden Majlis Peguam, S Ambiga yang disebut oleh pengendali blog Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sebagai sumber kepada pendedahan isu 1MDB yang diterbitkan di blognya.
Tulis media berkenaan, penghinaan Raja Petra terhadap Ambiga – wanita berbangsa India dengan cara paling hina sekali menggunakan bahasa longkang – mempamerkan cara blogger berkenaan dibesarkan.
“Umum mengetahui bahawa didikan sempurna akan mejaga lidah seseorang itu; bibirnya tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat. Begitulah sebaliknya kepada orang yang dibesarkan dengan didikan tidak berdisiplin, walau setinggi terpelajar sekalipun individu berkenaan.
“Orang yang tahu untuk menjaga lidahnya adalah bijak, tetapi tidak boleh dianggap sedemikian kepada orang yang tidak boleh mengawal lidahnya,” tulis media berkenaan.
Tegas Raja Petra, penulisan pendapat oleh pengarang media berkenaan menunjukkan sikap hipokrit melampau dan amat busuk sekali ibarat mencelup jari ke lubang najis sepanjang hari.
“Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak. Bagi mereka tidak mengapa untuk memfitnah dan mengecam orang lain tetapi apabila mereka menerima apa yang mereka hidangkan kepada orang lain tiba-tiba mereka cakap pasal cara didikan dan semua perkara tak masuk akal,” ujarnya dipetik blog Malaysia Today.
Kata Raja Petra, boss media pembangkang berkenaan telah mencela ramai pihak sepangjang 18 tahun beroperasi dengan kata-kata fitnah dan kini mempertahankan Ambiga kerana Pengerusi Bersih 2.0 itu beragama Hindu.
“Adakah anda katakan jika seseorang itu Hindu, wanita India seperti Ambiga perlu ditegur dengan cara baik tetapi sekiranya dia Muslim, seperti wanita Melayu seperti Rosmah kita boleh serang dia kaw-kaw?
“Ingat bila Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Pulau Pinang bukan negeri Taliban dan sebab itulah mereka membenarkan pesta beer? Bukankah itu satu penghinaan kepada Islam?
“Bagi Guan Eng semua Muslim yang tidak melanggan pelacur, minum arak dan berjudi adalah orang jahat sementara Muslim yang melanggan pelacur, minum arak dan berjudi adalah orang baik,” tegasnya.
Soalnya lagi, apa hak pemimpin Pakatan Harapan termasuk Ambiga, Guan Eng dan Kit Siang juga menentang dan mencampuri urusan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) bagi memperkasakan undang-undang shariah yang wujud lama sebelum kedatangan masyarakat Cina dan India ke Malaya.
“Kemudian kamu isytiharkan Malaysia adalah Negara Sekular. Siapa yang ubah Malaysia kepada Negara Sekular? Adakah Parlimen? Bila deklarasi itu dibuat kerana kali terakhir saya periksa Perlembagaan Persekutuan Malaysia tiada perkara sebegitu?
“Adakah ini yang Pakatan Harapan akan lakukan jika mereka menang pilihan raya akan datang dan membentu kerajaan persekutuan baru? Jika benar maka katakanlah. Maka orang Melayu akan tahu apa yang akan mereka dapat jika Pakatan Harapan berkuasa nanti,” katanya lagi.