ZAID IBRAHIM TERUS KECEWA BERKAITAN KES HADI-BROWN


DARI SUDUT LAIN

TOV membaca tulisan terbaru Zaid Ibrahim bertajuk “Politics And The Courts” (Politik dan Mahkamah) di blog beliau. Secara asasnya beliau membincangkan mengenai kaitan mahkamah sebagai medium untuk menangani pertelingkahan politik. Menurut beliau, mahkamah bukan tempat yang sesuai untuk mencari keuntungan politik. Namun jika dianalisis tulisan beliau secara makro, kita akan mendapati bahawa matlamat sebenar tulisan adalah lebih terarah kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang yang kini sedang mengemukakan saman kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, di London. Daripada sembilan perenggan, dua pertiga ataupun enam perenggannya hanya membahaskan mengenai kes tersebut.

http://www.zaid.my/current/politics-and-the-courts/

Jika diikuti siri-siri tulisan Zaid, beliau antara yang konsisten mengambil tahu berkenaan kes ini. Sejak Dato Seri Abdul Hadi baru menguar-uarkan akan menyaman Sarawak Report, beliau telah menulis memberikan respon. Bahkan sebelum tulisan terbaru ini dikeluarkan, beliau juga telah menulis tentang perkara sama menerusi artikel terdahulu bertajuk “Clare vs Hadi”. Hairan juga kenapa beliau begitu bersungguh mengambil tahu, seolah-olah tidak senang duduk melihat perkembangan kes ini.

http://www.zaid.my/current/clare-vs-hadi/

Menerusi tulisan terbaru ini, beliau menyatakan bahawa Dato Seri Abdul Hadi dipergunakan oleh pihak tertentu, yang difahami bahawa pihak tersebut adalah Dato Seri Najib Tun Razak sendiri. Tetapi pernyataan beliau ini agak kontradik dengan pernyataan seterusnya yang mempertikaikan kenapa kes ini tidak di bawa ke mahkamah Malaysia sebaliknya di London. Kalaulah benar Perdana Menteri yang menjadi dalang di belakang saman ini, sudah lama saman ini dilakukan di Malaysia, kerana seperti dakwaan pihak pembangkang tegar, mahkamah di Malaysia tidak bebas dan berpihak kepada pemerintah.

Secara faktanya, saman dibuat di London kerana Clare Brown berada di London. Tidak ada gunanya untuk membuat tuntutan sivil di Malaysia jika beliau tidak berada di dalam negara. Ia tidak akan memberi kesan kepada beliau ataupun Sarawak Report kerana kedua-duanya beroperasi di London. Jika Sarawak Report diharamkan atau diisytiharkan muflis sekalipun, ia perlu juga melalui proses perundangan di negara tersebut untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Malaysia. Tambahan pula, fitnah 90 juta dibuat ketika beliau berada di London.

Zaid juga mempertikaikan kenapa menggunakan perkhidmatan firma guaman Carter Ruck yang terkenal dengan kos yang mahal di London sedangkan bagi beliau Datuk Seri Abdul Hadi tidak memiliki pendapatan yang begitu besar untuk menampung kos. Pernyataan ini turut kontradik dengan pandangan beliau di dalam tulisan lain bahawa memang Dato Seri Abdul Hadi menerima wang RM90 juta daripada Najib. Jika benar beliau menerima RM 90 juta, bukankah jumlah tersebut sudah lebih dari cukup untuk menampung segala kos guaman kes tersebut?

http://www.zaid.my/current/no-proof-taking-umnos-money/

Carter Ruck boleh dikatakan peguam yang tidak asing kepada Dato Seri Abdul Hadi. Beliau telahpun menggunakan perkhidmatan firma tersebut dalam kes beliau menentang Daily Mirror pada tahun 2008. Carter Ruck terkenal dengan firma yang memiliki prestasi hebat dalam kes-kes saman terhadap media. Kedua faktor ini sudah cukup untuk menjawab kenapa Dato Seri Abdul Hadi memilih Carter Ruck sebagai firma guaman yang mengendalikan kes terhadap Clare Brown.

http://m.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43800-zaid-ibrahim-malukan-institusi-guaman

Apa yang ditulis oleh Zaid sebenarnya adalah satu bentuk psikologi untuk mempengaruhi Dato Seri Abdul Hadi supaya menarik balik saman tersebut. Beliau menakut-nakutkan Presiden PAS itu kononnya selepas PRU14 nanti, orang yang sebelum ini memberikan dana untuk menguruskan kes ini akan meninggalkan beliau begitu sahaja. Orang yang mendanai beliau kini hanya mempergunakan beliau untuk tujuan politik semata-mata.

Akhir tahun lepas, Zaid menulis bahawa mustahil Dato Seri Abdul Hadi mampu menyaman Clare Brown di London. Setelah saman berlaku, Zaid menulis pula bahawa sukar untuk Presiden PAS itu memenangi kes ini, kerana dalam maklumat beliau, belum ada parti politik berjaya menang kes saman di negara tersebut. Namun semua telahan beliau tersasar jauh dari realiti. Presiden PAS itu bukan sahaja berjaya membawa kes ke mahkamah, bahkan perjalanan kes daripada awal sehingga ke hari ini sentiasa memihak kepada beliau.

http://www.zaid.my/current/satu-lagi-gimik-pas/

Sikap Zaid ini meninggalkan beberapa persoalan yang bermain di fikiran sehingga kini. Pertamanya, kenapakah Zaid (juga YB Hanipa Maidin, YB Rafizi Ramli dan YB Husam Musa) begitu mengambil berat akan kes ini? Apa hubungan mereka selaku pemimpin DAP, PKR dan PH dengan Clare Brown? Kenapa mereka berusaha untuk Dato Seri Abdul Hadi menarik balik saman tersebut? Adakah mereka sudah nampak melalui pengalaman mereka sebagai pengamal undang-undang, bahawa kes ini tidak akan menyebelahi Clare Brown?

http://www.malaysia-today.net/saman-sarawak-report-siri-2-tamparan-buat-zaid-ibrahim-dan-pan/

 



Comments
Loading...