HUSAM KECUT UNTUK NAMAKAN PENERIMA RM 90 JUTA


DARI SUDUT LAIN

Sebelum ini TOV telah mengeluarkan tulisan berhubung kenyataan awal YB Husam Musa berkenaan tuduhan Sarawak Report (SR). Beliau sebelum ini telah menamakan Affin Bank sebagai institusi kewangan yang melakukan transaksi pemindahan wang daripada Dato Seri Najib kepada PAS. Menurut TOV, Husam boleh dikenakan tindakan bukan sahaja dari sudut sivil kerana memfitnah, tetapi juga kerana jenayah mendedahkan akaun bank pihak lain.

Baca lanjut di:

http://www.malaysia-today.net/bolehkah-husam-hilang-kelayakan-bertanding-pilihanraya/

Setelah pendedahan tersebut, Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyuddin Hassan, mewakili PAS telah membuat penafian bahawa PAS menerima apa-apa dana seperti yang dituduh malah PAS sendiri tidak mempunyai akaun di Affin Bank.

http://www.tv14.my/2017/03/12/salah-tu-pas-mana-ada-akaun-affin-bank/

Baru-baru ini, Husam Musa sekali lagi mengeluarkan kenyataan susulan dalam bentuk tuduhan rambang. Kali ini beliau tidak menuduh PAS secara langsung tetapi beberapa pimpinan PAS yang dikatakan menerima sejumlah dana bahkan dia mempertegaskan amaun adalah lebih dari RM 90 juta.

https://youtu.be/fJmYIjNkKk4

Sebenarnya Husam melakukan tindakan ini secara licik. Beliau sendiri menyebut bahawa PAS tidak menerima dana ini, maka bagaimana PAS boleh menyaman beliau. Sebaliknya beliau menuduh yang menerima bagi pihak PAS ialah beberapa pimpinan PAS, tetapi beliau tidak menamakan pimpinan itu. Dengan tidak menamakan pimpinan itu, bagaimana mereka mahu menyaman Husam?

Sepatutnya jika benar Husam memiliki bukti, beliau perlu menyebut nama individu dalam PAS yang menerima duit itu bagi pihak parti secara spesifik. Kemudian barulah individu tersebut bertindak untuk menjawab samada menafikan, mengakui atau menyaman.

Mengikut kaedah yang betul secara Islamik, sebarang pertuduhan sebenarnya tidak cukup dengan menyebut nama sahaja. Ia perlu disertakan dengan bukti sebelum meminta respon dari yang tertuduh. Jika tidak, yang tertuduh  berhak untuk mengabaikan sahaja tuduhan tersebut tanpa apa-apa jawapan.

Tetapi budaya politik di Malaysia adalah terbalik. Tertuduh perlu menafikan dan mengemukakan bukti yang menyokong penafian tersebut. Jika diabaikan, ia bermakna tuduhan tersebut adalah benar!

Walaubagaimanapun, PAS sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah menerima RM 90 juta sebagaimana tuduhan. Najib juga telah menafikan perkara yang sama. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PAS tidak memiliki sebarang akaun di Affin Bank. Bekas pemimpin PAS yang cuba dipalitkan  dengan tuduhan ini oleh Rafizi Ramli juga dikhabarkan tidak memiliki akaun Affin Bank. Maka, jika Husam tidak kecut, dia boleh menamakan siapa pimpinan PAS yang menerima dana tersebut, supaya lebih mudah mereka mengambil tindakan.

https://malaysiadateline.com/tuan-ibrahim-nafi-pas-terima-rm90-juta-arah-saman-husam/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/13/1mdb-funds-to-pas-rafizi-says-its-nasharudin/

 



Comments
Loading...