Anak saudara MB Selangor ditahan SPRM dengan wang lebih RM4 juta


Nurul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudar Menteri Besar Selangor.

(Sabah Kini2) – Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid  dan 2 lagi  ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi  bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Nurul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.

Semakan menunjukkan Nurul Fadli sentiasa menyertai program Azmin Ali, menyertai segala mesyuarat, memiliki kenderaan mewah, kediaman serta sentiasa bercuti di luar negara walaupun tidak mempunyai pekerjaan.

SPRM akan membuat kenyataan media esok.

Anak saudara Azmin tiada kerja tapi boleh bermesyuarat penting bersama Azmin Ali.Apa peranan?

Sentiasa mengikut Azmin Ali MB Selangor. Apa peranan dia? pegang duit Azmin Ali



Comments
Loading...