(SIRI 7) BOLEHKAH MAHATHIR DIPERCAYAI?


KEMELUT ERL DAN KRONISME MAHATHIR

DARI SUDUT LAIN

Parlimen baru-baru ini digemparkan dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Ab Aziz Kaprawi tentang perkhidmatan keretapi laju ke KLIA yang dikenali sebagai KLIA Express. Menurut beliau, kerajaan baru-baru ini telah melanjutkan lagi tempoh perjanjian konsesi kepada Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) kepada 30 tahun akan datang.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/11/15/klia-express-concession-extended-30-years/

Perkara tersebut telah mengundang kritikan berbagai pihak, antaranya adalah pemimpin DAP Tony Pua. Menurut beliau, sepatutnya kerajaan menaikkan harga tambang pengangkutan tersebut dan bukannya memanjangkan tempoh konsesi bagi menyelesaikan masalah kerugian yang dialami ERL.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/raise-erl-prices-instead-of-extending-concession-says-dap-mp#9MhCXDkuCKDs54gX.97

Jika kita melihat kembali ke belakang, sejarah projek keretapi ini adalah bermula di zaman Perdana Menteri keempat Dr Mahathir Mohamad. Menurut maklumat korporat KLIA Express, kerajaan telah menganugerahkan konsesi projek tersebut kepada Syarikat ERL Sdn Bhd bermula pada tahun 1997. Pemegang syer ERL pada waktu itu pula terbahagi antara Tabung Haji (40%), YTL (40%) dan juga Abrar (20%). Walaubagaimanapun, segala kos pembinaan dan penyelenggaraan ditanggung sebahagian besarnya oleh dana Tabung Haji (TH) berjumlah kira-kira 51 bilion ringgit.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0219&pub=Utusan_Express&sec=Business&pg=bs_04.htm

Tabung Haji pada masa itu dipengerusikan oleh Bekas Menteri Besar Selangor yang juga adik kepada isteri Mahathir, Tan Sri Razali Ali. YTL pula dimiliki oleh Yeoh Tiong Lay, salah seorang kroni Dr Mahathir yang amat rapat. Abrar pula adalah syarikat yang didominasi oleh orang-orang Anwar Ibrahim seperti Wan Hasni dan Rahim Ghouse. Namun selepas berlaku isu pemecatan Anwar daripada kerajaan, syer Abrar dipindahkan kembali kepada TH membuatkan pemilikan TH bertambah kepada 60% sebelum dimiliki oleh syarikat konglomerat Nadicorp, milik Tan Sri Nadzmi Salleh yang kini dilantik sebagai pengerusi eksekutif ERL.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Razali_Mohd_Ali

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/now-dr-ms-turn-to-lash-out-at-francis-yeohs-crony-capitalism-claim#sZZivfy2QSzd71Ge.97

Apa yang memeranjatkan, kontrak utama pembinaan projek tersebut telah diberikan kepada YTL yang juga merupakan sebahagian daripada pemegang syer. Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) telah mendapati terdapat konflik kepentingan berlaku dalam projek ini.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pac-sees-conflict-of-interest-in-erl-contract-award-to-ytl#kzDDmYiCOFx0fzix.97

YTL pula tidak melakukan apa-apa pembangunan secara langsung. Ini kerana mereka menyerahkan pula kontrak pembinaan kepada syarikat yang berpengkalan di Jerman, Siemens Corporation. YTL mengambil untung di atas angin sahaja! Secara tidak langsung, ini bermakna kerugian yang kini dialami ERL hanya ditanggung sepenuhnya oleh TH sahaja sedangkan YTL telah mengaut keuntungan sebelum ini dari bayaran kontrak pembinaan.

ERL merupakan salah satu antara model dasar penswastaan yang menguntungkan kroni diamalkan di zaman Dr Mahathir. Yang menyedihkan, projek tersebut kini mengalami kerugian selama enam tahun berturut-turut bermula tahun kewangan 2009 hingga ke 2014. Sudah tentu yang utama menanggung kerugian adalah TH yang menjadi pemodal utama projek ini. Secara tidak langsung, wang rakyat sebagai pencarum TH yang akan terkesan.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/22928/

Justeru untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memanjangkan tempoh konsesi kepada tambahan 30 tahun. Mengikut perjanjian asal, konsesi sepatutnya tamat pada 2029.

Langkah kerajaan ini ada baiknya bagi melindungi kepentingan TH. Tetapi ia mesti dijalankan dengan syarat TH masih menjadi pemegang syer ERL sehingga tamat konsesi. Sekurang-kurangnya dalam tempoh tersebut TH boleh cuba menyelesaikan kembali kerugian yang dialami sebelum itu. Boleh juga kerajaan mengambil langkah pengambilalihan syarikat tersebut, tetapi kerajaan perlu membayar pampasan yang sesuai kepada pemegang syer terutamanya TH. Walaubagaimanapun, langkah ini mungkin melibatkan implikasi kewangan yang agak tinggi.

Pendapat ini dikemukakan oleh badan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) ketika menjawab saranan Tony Pua untuk meningkatkan tambang. Selain tambah membebankan rakyat yang kini sudah terhimpit masalah kos sara hidup, BNSC menyatakan segala masalah yang berlaku hari ini berpunca daripada polisi dan dasar yang diperkenalkan di zaman Dr Mahathir Mohamad.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/17/bnsc-says-tony-puas-erl-plan-is-overly-simplistic/

 



Comments
Loading...