PAU 2017: Isteri dan suami orang bersekedudukan dedah bekas Puteri Umno


“Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat.”

Milo Suam

WAN Asshima Kamarudin yang juga merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja Puteri Umno bahagian Klang, dilapor berkata, beliau tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan maksiat yang dilakukan setiap kali berlangsung Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Sepanjang 17 tahun bersama dengan parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam itu, katanya ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik sepanjang perhimpunan itu dijalankan.

Wan Asshima menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), melakukan operasi pencegahan maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu kota sempena PAU 2017 yang akan bermula esok.

“Saya cabar kepada pihak Pejabat Agama Islam buat operasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam. Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat.

Read more here



Comments
Loading...