RAFIZI RAMLI KANTOI FITNAH


Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai sidang media Rafizi Ramli yang menuduh saya melantik abang saya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

Dalam sidang medianya, Rafizi mengatakan bahawa dia telah membuat penyiasatan dan penyelidikan dan dengan yakin menyatakan dia mempunyai bukti yang kukuh bahawa saudara Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada saya.

Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak. Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar  bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah.

Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini.

Saya berharap kepimpinan Pakatan Harapan mengarahkan Rafizi Ramli untuk segera menutup mulut kerana pembohongan Rafizi ini mengaibkan mereka.

Rakyat perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh diubati lagi.

Abdul Rahman Dahlan
Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Unit Perancang Ekonomi
Putrajaya

 



Comments
Loading...