Pulangkan pingat bukan adat Melayu, kata menteri


(MMO) – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan pingat kebesaran Selangor dilihat sebagai satu penghinaan dan tidak menunjukkan budaya orang Melayu, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Pingat itu diberi, bukan dia yang minta. Kalau dia pulangkan nampak seperti satu penghinaan kepada individu yang memberinya.

“Itu bukan adat orang Melayu,” kata timbalan menteri dalam negeri seperti dilapor The Star Online.

Bekas perdana menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Khamis minggu lalu memulangkan pingat Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor susulan kritikannya terhadap masyarakat Bugis.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam himpunan pada 14 Oktober lalu mengkritik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘Bugis lanun’.

 



Comments
Loading...