PAKATAN HARAPAN TERTEKAN MENJELANG PRU 14


Keputusan Mahkamah Persekutuan memerintahkan agar Ketua Menteri Joseph Lim Guan Eng membela diri pada 10 Januari 2018 benar-benar memberi tekanan kepada beliau dan gabungan parti-parti Pakatan Harapan.

Joseph Lim diperintahkan membela diri atas dua pertuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian sebuah banglo di bawah paras harga pasaran dan penukaran status tanah bagi tujuan pembangunan dan industri.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berjaya mengenepikan petisyen semakan kehakiman bagi persempadanan semula pilihanraya yang difailkan oleh kerajaan Selangor.

Kedua-dua keputusan mahkamah tersebut merupakan antara tekanan terbaru yang menjejaskan usaha Pakatan Harapan mempertahankan dua buah negeri yang ditadbir mereka, Pulau Pinang dan Selangor.

Joseph Lim sebelum ini berjaya melambat-lambatkan pendakwaan kes rasuah beliau dengan mencabar Akta SPRM 2009 sementara Menteri Besar Selangor memfailkan petisyen di mahkamah setelah menyedari Selangor bakal jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Perkara terbaru ketiga yang menjejaskan peluang Pakatan Harapan mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor adalah krisis yang tercetus di antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan istana Selangor.

Mahathir yang kini disoal siasat dilaporkan bakal menghadapi sekurang-kurangnya tiga pendakwaan selain dari siasatan pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berhubung isu skandal tukaran matawang asing (FOREX) dan kerugian RM31.5 billion Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990an.

Selain dari tiga faktor di atas, Pakatan Harapan bukan sahaja menghadapi kemelut kepimpinan dalam parti masing-masing, bahkan gabungan parti-parti yang menyertainya juga seringkali saling berkonflik antara satu sama lain, sesuatu yang tidak menyakinkan rakyat membuat pilihan mengundi mereka pada PRU 14 nanti.

Gabungan isu-isu yang melanda Pakatan Harapan dijangka bakal meranapkan impian pemimpin de facto DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri Cina Pertama Malaysia.

Pakatan Harapan sebelum ini melalui kenyataan Anuar Tahir kononnya menempelak pihak-pihak tertentu dalaman gabungan tersebut sebagai membocorkan rahsia pemukiman mereka bahawa Mahathir bakal menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya.

Hakikatnya, perang saraf sebegini tidak bersandarkan kepada fakta bahawa DAP menguasai kerusi Pakatan Harapan selain DAP dan Lim Kit Siang mempunyai rekod yang banyak sebagai Ketua Pembangkang berbanding lain-lain parti.

Landskap politik Malaysia pasca PRU 14 bakal berubah setelah dua penggal pakatan pembangkang menguasai Selangor dan Pulau Pinang selain mengurangkan majoriti Barisan Nasional di peringkat pusat.

Ditulis oleh;

ZAMZURI MOHAMED TAHIR

 



Comments
Loading...