Kit Siang, Mahathir Terlalu Tua Untuk Jadi PM
(Kedah News) – Seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad 93, veteran pembangkang DAP, Lim Kit Siang, 76, juga terlalu tua untuk memegang jawatan Perdana Menteri jika pun DAP menang banyak kerusi dan Pakatan Harapan layak mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Lagi pun, jika dua tokoh yang bernah bermusuhi itu menjadi tokoh pilihan untuk dicalonkan, ia seperti tidak memberi peluang kepada pimpinan generasi baru.
“Beliau (Kit Siang) makin tua kan? Berapa umur dia tu? Tak kan lah tiada langsung orang muda, angan-angan semua tu.
“Saya nak komen pun malas lah, tak kan lah dah tua macam tu pun nak jadi PM,” kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad yang dipetik daripada Sinar Harian kelmarin apabila diminta mengulas ura-ura Penasihat DAP dan bekas ketua pembangkang parti sosialis itu akan dicalonkan Perdana Menteri Pakatan Harapan jika DAP kekal mendahuli kerusi parlimen pada PRU14.
Sebelum itu Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan juga menawarkan diri untuk jawatan itu jika tiada calon PH yang layak.
Dr. Mahathir adalah antara tokoh yang membangkit soal siapa yang layak jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang.
Sebelum ini media melaporkan, bekas Naib Prengerusi DAP, Datuk Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebab utama Kit Siang enggan melepaskan jawatan tertinggi dalam DAP adalah supaya dia boleh mengawal parti terbabit iaitu untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.
Bagaimanapun Shahrir menyifatkan dakwaan Penasihat DAP ( Lim Kit Siang) mahu menjadi perdana menteri (PM) hanya sebagai mimpi dan angan-angan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Penyampaian Bantuan Back To School Parlimen Johor Bahru, di Dewan Serbaguna Majidee, di sini.