PRU14: Azmin tinggal Gombak… nak cuba nasib di Shah Alam


(Agenda Daily) – Bagi pemimpin Parti Amanah Nasional (PAN) yang berangan hendak bertanding di Parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad yang tidak buat kerja… boleh lupakan hasrat tersebut, ini keraja bos Jabatan Pilihanraya PKR Datuk Seri Azmin Ali sendiri hendak bertanding di situ.

Selain Azmin Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula dipindahkan dari Parlimen Ampang ke Hulu Langat.

Nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Selangor di Shah Alam pada Rabu.

Untuk rekod, kerusi Hulu Langat dan Shah Alam dimenangi PAS pada PRU13 yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.

“PKR mungkin bertanding di kedua-dua kerusi itu namun ia masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan komponen PH,” demikian menurut sumber itu.

Pada PRU ke13, kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Abdul Samad atas tiket PAS selepas beliau menewaskan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi. Khalid kini menyertai Amanah, parti serpihan PAS.

Sementara itu kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.

Dalam pada itu Pengarah JPR Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata keputusan untuk menentukan parti daripada komponen PH yang akan bertanding di kesemua 25 kerusi DUN Selangor sandangan PAS dan BN akan ditentukan akhir bulan ini.

Beliau berkata keempat-empat parti komponen PH iaitu DAP, PKR, Amanah dan PPBM masih lagi berbincang sebelum memuktamadkan pembahagian kerusi.

Pengarah Pilihan Raya PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari berkata calon daripada parti berkenaan tidak akan semata-mata tertumpu untuk bertanding di kerusi yang ditandingi calon Umno sebaliknya menerima mana-mana kerusi yang sewajarnya.

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, BN 12 kerusi dan Amanah serta Bebas, masing-masing dua kerusi.



Comments
Loading...