MB Selangor nafi dakwaan beku dana, pecat wakil PAS


(FMT) – Ia masalah teknikal yang biasa berlaku pada awal tahun, kata seorang exco Selangor dari PAS.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan pentadbirannya membekukan peruntukan tahunan kepada wakil rakyat PAS atau menyingkirkan salah seorang wakil parti itu daripada kerajaan tempatan, menurut seorang pemimpin PAS negeri.

Exco kerajaan negeri mewakili Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata Azmin menafikan perkara itu, sebaliknya kelewatan peruntukan adalah masalah teknikal setiap awal tahun.

“Saya pegang pada kenyataan menteri besar itu. Jadi saya jangka isu ini akan selesai dalam masa seminggu,” katanya kepada FMT.

Beliau turut menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, disingkirkan sebagai ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Saya tidak dengar yang ada ahli majlis PAS dipecat,” kata Iskandar.

Sebelum ini, Roslan turut terkilan dengan laporan itu, yang mendakwa beliau dipecat daripada MPSJ.

“Kalau ada sekurang-kurangnya orang yang hendak dipecat itu dimaklumkan dan parti yang melantik perlulah diberitahu,” katanya kepada FMT.



Comments
Loading...