[VIDEO] Lantik Mahathir Jadi PM Kerja Gila, Kata Che’GuBard
(Malaysian Digest) – Strategi Pakatan Harapan menarik keluar undi penyokong Barisan Nasional dengan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah kerja gila, kata pengasas gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Bardul Hisham Shaharin.
Badrul atau lebih dikenali dengan gelaran Che’GuBard menegaskan, ramai rakyat kini sudah bersedia untuk melakukan perubahan kerajaan dengan memilih Pakatan Harapan, tetapi dengan pencalonan Dr Mahathir, perkara itu tidak mungkin berlaku.
“Betul rakyat sudah bersedia untuk melakukan perubahan (kerajaan). Tetapi yang melambatkan perubahan adalah dengan melantik Dr Mahathir jadi bakal Perdana Menteri. Ini satu kerja gila.
“Cakap sahajalah terang-terang. Kami (Pakatan Harapan) tak ada keyakinan sebab pemimpin kami tak boleh meraih sokongan (undi), jadi kami ambil sahajalah pemimpin yang tak ada prinsip (untuk jadi Perdana Menteri) asalakan kami boleh menang,” katanya menyindir strategi Pakatan Harapan.
Kata Che’GuBard, Pakatan Harapan menggunakan hujah agama untuk menjustifikasikan penghijrahan Dr Mahathir ke blok pembangkang dengan memetik penghijrahan Saidina Abu Bakar memasuki Islam.
“Betul, Saidina Abu Bakar sebelum masuk Islam adalah ketua penjahat dan selepas masuk Islam dia serahkan segala hartanya dan ikut Rasulullah. Tetapi Mahathir dia pulangkan ke tidak balik (harta rakyat)?
“Saya bercakap menggunakan fakta; contohnya, Barry Wayne (dalam bukunya) Malaysia Maverick mendapati USD100 bilion duit negara hilang; Far Eastern Economic Review mendakwa USD1.6 bilion digunakan untuk bailout (syarikat) anak Mahathir dalam keadaan rakyat sedang susah ketika itu,” katanya menegaskan mengapa langkah mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah langkah ke belakang.
Lantas beliau melontar pertanyaan kepada Pakatan Harapan samaada ianya adalah sebuah strategi yang tepat.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=q26KMsWcNBA
“Kalau betul tak adalah termengah-mengah Mahathir nak cari kawasan selamat. Muhyiddin Yassin terpaksa tinggalkan kerusi Pagoh, kawasan yang dia naik sebagai ahli parlimen
“Dia (Muhyiddin) tinggalkan (Pagoh) dan berebut dengan parti komponen yang lain untuk cari kerusi selamat. Jelas ini strategi yang salah.”
Beliau turut menyentuh soal prinsip Pakatan Harapan yang tidak lagi memperjuangkan isu-isu dasar yang dicipta Dr Mahathir sepanjang pemerintahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
Ujarnya, jika sebelum ini pembangkang kerap membidas penubuhan Proton dan pelaksanaan dasar automotif negara yang dikatakan menindas rakyat, namun setelah Proton dijual kepada China dan Dr Mahahtir mengumumkan ingin menubuhkan Proton baharu jika Pakatan berkuasa, tiada seorang pun ahli pembangkang membidasnya.
“Sampai hari ini, siapa yang berani cakap mengenai dasar penswastaan yang menghancurkan negara. Siapa yang berani cakap mengenai isu mansuh tol. Langsung tak bunyi dah,” ujarnya.