Belum Rampas Putrajaya, Pakatan Harapan Sudah ‘Bunuh’ Kebebasan Media


(MD) – Tindakan menghalau media dari bilik mesyuarat bulanan lembaga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam menunjukkan sejauh mana perjuangan kebebasan media yang dilaungkan Pakatan Harapan selama ini.

Mesyuarat berkenaan kecoh apabila majoriti ahli lembaga MBPJ mengusulkan pengundian dijalankan bagi membantah kelulusan peningkatan nisbah 1:8 bagi pembangunan menara pejabat 20 tingkat di atas tanah berkeluasan 0.4 hektar di Jalan Sultan.

Tanah berkenaan merupakan tapak ikonik restoran A&W yang bakal menamatkan operasinya tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pembangunan tersebut.

“Adalah menjadi hak kami untuk mempunyai suara dalam perkara ini kerana semua keputusan muktamad perlu dilakukan berdasarkan kelulusan majoriti majlis penuh, yang terdiri daripada Datuk Bandar dan 24 ahli majlis,” kata ahli majlis, Sean Oon dipetik mStar yang kemudiannya meminta undian dilaksanakan.

Usul Sean ditolak dan Mohd Azizi turut menutup suis mikrofon memaksa 10 ahli majlis keluar dari bilik mesyuarat.

“Saya adalah pengerusi dan saya tidak lagi membenarkan perbincangan di sini. Keputusan yang dibuat di mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) adalah muktamad dan hanya dibangkitkan dalam mesyuarat lembaga untuk memaklumkan ahli majlis,” kata Mohd Azizi selepas bilik mesyuarat bertukar kecoh.

Akibat pertengkaran berkenaan, media diarah keluar dari bilik mesyuarat dan diarahkan untuk memadam rakaman masing-masing.

Penganalisis politik Lim Sian See melihat isu sama berlaku di Pulau Pinang sewaktu kerajaan Pakatan Harapan ingin meningkatkan nisbah kepadatan pembangunan demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

“Tidakkah ini kejam, zalim dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Pakatan Selangor?” soalnya.

Perjuangan kebebasan media Pakatan Harapan hanya indah khabar dari rupa sepertimana kerajaan Selangor teraju Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mengharamkan agensi kerajaan negeri melanggar akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Sebaliknya, Azmin mengarahkan suapaya untuk melanggan SelangorKini yang merupakan lidah rasmi kerajaan pakatan Selangor.

Begitu juga di Pulau Pinang, Ketua Menteri turut mengugut untuk menghentikan dana kepada 86 sekolah rendah Cina di Pulau Pinang sekiranya sekolah berkenaan terus melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Berbanding Kerajaan Persekutuan, rakyat tidak pernah menyekat kebebasan bersuara setiap rakyat selagimana tidak menyentuk isu mengenai kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, dan kedudukan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menerusi blognya menjelaskan, Peruntukan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara tetapi perlu mengikut garis panduan ditetapkan.

Walaubagaimanapun, Malaysia masih memberi ruang kepada masyarakat menyatakan pandangan masing-masing mengikut wacana yang dibenarkan.

“Bagaimana boleh kita katakan kerajaan sekarang menyekat kebebasan bersuara jika pembangkang masih bebas menulis blog mengkritik kerajaan, menerbitkan portal berita yang anti-kerajaan, dan membenarkan akhbar pembangkang dan media sosial terus beroperasi?” soalnya.



Comments
Loading...