ROS: Pendaftaran Bersatu masih dalam siasatan


(SH) – Status pendaftaran Bersatu masih lagi dalam siasatan, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan tempoh masa siasatan itu akan berjalan.

“Masih tidak boleh diberitahu lagi. Aduan banyak,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terkini mengenai pendaftaran Bersatu.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan ROS yang membisu mengenai pendaftaran Bersatu sebagai satu perbuatan zalim.

Ini kerana katanya, rakyat tidak boleh mengundi pemimpin Pakatan Harapan sekiranya logo dan status Harapan tidak lagi didaftarkan menjelang PRU14 nanti.



Comments
Loading...