Kasihan Anwar Ibrahim: Perlu Tunggu Tahun 2020 untuk Jadi PM ke 8


Syed Ahmad Fadhli

1. Simpati melihat nasib Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan sekalian penyokongnya. Mereka tidak sedar sedang ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr Mahathir, musuh ketatnya dulu yang kini sudah bertukar menjadi bos no 1 Pakatan Harapan.

2. Pihak Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan tarikh Anwar dijangka dibebaskan ialah pada 08 Jun 2018.
Pakatan Harapan pula sebelum ini berjanji untuk berusaha mendapatkan pengampunan Diraja agar Anwar dapat menjadi calon PM ke 8.

Pada penghujung Konvensyen PH, mereka mengumumkan Muafakat Pakatan Harapan yang antaranya menyebut;

“Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8.”

3. Hari ini, Tun M berkata 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Oh, baru saya faham maksud ‘segera’ dalam Muafakat PH itu ialah 2 tahun rupanya.

Impian PKR untuk melihat pemimpin sanjungan mereka, Anwar Ibrahim bergelar PM kelihatan masih jauh panggang dari api.
Mereka perlu sabar menunggu sehingga tahun 2020 kerana Tun M mahu menjadi PM selama 2 tahun lagi.

Silap gaya impian Anwar sebagai PM ke 8 itu akan berkecai dan hanya akan tinggal kenangan kerana tidaklah mustahil bagi pemain politik licik seperti Tun M ini melantik anak kesayangannya si Mukhriz sebagai penggantinya di takhta.

 



Comments
Loading...