PEMADAMAN ARTIKEL DI PORTAL “MALAYSIA TODAY”


From: MCMC New Media Unit <[email protected]>
Date: 15 February 2018 at 15:14:42 GMT+8
To: “‘[email protected]‘” <[email protected]>
Subject: PEMADAMAN ARTIKEL DI PORTAL “MALAYSIA TODAY” (http://www.malaysia-today.net

SULIT

Ruj. Kami     : SKMM(T)09-NMMD/MISC/2018(08)

Tarikh          : 15 Februari 2018Malaysia Today Admin ([email protected]

Tuan,

PEMADAMAN ARTIKEL DI PORTAL “MALAYSIA TODAY” (http://www.malaysia-today.net)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima aduan berhubung satu (1) artikel yang diterbitkan di portal Malaysia Today seperti berikut:

i.        “First Lady AGC Walking The Path Of Grace Mugabe”

http://www.malaysia-today.net/2018/02/11/first-lady-agc-walking-the-path-of-grace-mugabe/

3.       Berlandaskan aduan yang diterima, penelitian pihak MCMC mendapati bahawa artikel tersebut menyalahi peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98).

4.       Sehubungan dengan itu, pihak Tuan dengan ini diminta untuk memadamkan artikel yang dinyatakan di atas, sebelum jam 4.00 petang (waktu Malaysia), Jumaat 16 Februari 2018.

5.       Pihak Tuan juga diminta agar lebih prihatin dalam memastikan portal Malaysia Today tidak menerbitkan artikel-artikel yang menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia.

Terima kasih.

Unit Media Baharu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

MCMC Tower 1

Jalan Impact, Cyber 6

63000 Cyberjaya, Selangor

MALAYSIA

Tel     : +6 03 8688 8000

Fax    : +6 03 8688 1000



Comments
Loading...