Maria tinggal Bersih 2.0, bertanding di ‘kerusi selamat’
(MMO) – Maria Chin bakal melepaskan jawatan pengerusi Bersih 2.0 untuk menjadi calon pilihan raya umum.
Sebuah portal memetik sumber beliau akan berundur dalam tempoh dua minggu dan bakal bertanding di “kerusi selamat” atas tiket PKR.
Namun beliau enggan mengesahkan desas-desus yang telah bertiup kencang sebaliknya hanya menjawab: “tiada komen”, lapor The Malaysian Insight.
Sementara sumber dalaman dari badan pendesak pilihan raya itu memberitahu Maria akan meletak jawatan dalam minggu ini.
Aktivis masyarakat itu sebelum ini dilapor bakal bertanding di parlimen Batu atau Petaling Jaya Selatan, kerusi yang dikuasai PKR.