PERLUKAH DISEBARKAN PHOTO SELFIE DAN AUDIO PERBUALAN INTIM PIMPINAN PAN?


DARI SUDUT LAIN

Menjelang pilihanraya yang semakin hampir, tentu kesemua parti dan ahli politik akan sibuk dengan strategi masing-masing. Daripada aspek dasar seperti menentukan kerusi mana yang bakal ditandingi atau apa manifesto yang ingin ditawarkan, hinggalah kepada kerja-kerja teknikal seperti pemasangan poster, bendera, risalah dan sebagainya. Masing-masing dengan pandangan dan cara tersendiri.

Walaubagaimanapun, tidak semua parti dan individu yang terlibat dalam politik menggunakan cara yang matang dan bermoral tinggi dalam menghadapi pilihanraya. Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya kali ke-14 dan proses pilihanraya sudah berlaku hampir 70 tahun, namun masih ada mereka yang mengamalkan cara kempen yang kotor dan dangkal.

Antara budaya paling tidak sihat adalah dengan menyebarkan rakaman gambar, video mahupun audio yang telah dimanipulasikan untuk memfitnah pihak lawan. Sesetengahnya melibatkan masalah peribadi. Sebahagian rakaman tersebut juga memiliki bahagian berunsur lucah yang tidak sesuai untuk tatapan umum. Tetapi demi matlamat politik, segalanya menjadi halal. Kebanyakannya pula tidak dapat dipastikan apakah ia benar wujud ataupun rekaan semata-mata.

Sekiranya ia benar sekalipun, politik tidak bermoral sebegini sepatutnya dijauhkan. Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa mahkamah telah memutuskan Dato Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam pertuduhan liwat terhadap beliau. Secara konsensusnya, pertuduhan tersebut telah dibuktikan benar. Namun ia bukanlah alasan untuk membolehkan video-video salah laku beliau disebarkan kepada umum sehingga melanggar sensitivi masyarakat.

Budaya tidak sihat ini berlaku bukan sekadar di dalam kem parti pemerintah. Malah ia juga diamalkan oleh pembangkang. Rakaman video yang didakwa sebagai Azmin Ali, Mustafa Ali, Najib Razak, Ahmad Maslan antara yang sebelum ini tular di alam maya. Juga dalam bentuk audio seperti rakaman suara yang didakwa sebagai suara Mohamad Sabu dan yang terbaru, dakwaan suara Nik Mohamad Abduh. Ia kini galak dimainkan oleh pemimpin PAN terutama Husam Musa sendiri.

Budaya ini belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Jangan terkejut jika selepas ini akan ada pula rakaman gambar, video dan audio pimpinan parti-parti pembangkang akan tersebar merata. Untuk makluman semua, pihak penulis pernah ditunjukkan beberapa rakaman gambar selfie salah seorang pimpinan utama PAN berpelukan dengan seorang gadis melayu, juga rakaman audio perbualan intim yang didakwa antara mereka berdua. Persoalannya, perlukah penulis menularkan photo, video dan audio seumpama ini?

Sampai bila persaingan cara kotor ini akan berterusan? Sampai bila rakyat Malaysia perlu menelan segala budaya rosak yang dibawa oleh politikus seperti ini?

Politik sebegini tidak menggambarkan diri politikus yang berwawasan dalam membangunkan negara. Budaya politik yang ada, berlumba membuktikan siapa lagi jahat, bukan membuktikan siapa lebih layak memimpin negara. Berlumba menelanjangkan salah orang, bukan berlumba menawarkan penyelesaian untuk masalah rakyat. Apabila tiada agenda atau gagasan yang boleh meyakinkan rakyat untuk memilih mereka, maka digunakan apa jua cara untuk hilangkan keyakinan rakyat daripada musuh mereka.

Taktik menyebar isu-isu peribadi yang sensasi sebegini biasanya digunakan untuk menutup isu lebih besar yang sedang melanda mereka. Isu-isu penyelewengan yang didedahkan dalam PRU-PRU yang lepas, ditutup dengan gambar, video dan audio berunsur lucah. Boleh jadi isu audio Nik Mohamad Abduh yang timbul secara tiba-tiba ini dan dieksploitasi serentak oleh semua pemimpin dan ahli PAN ini adalah strategi terancang untuk menutup isu pembiayaan taikun cina kroni Mahathir, Robert Kuok dan lain-lain kepada DAP dan juga PAN.

Isu pemalsuan rakaman tidak hanya berlaku di Malaysia. Ia juga adalah taktik murahan media pro-US dalam melaksanakan agenda geo-politik mereka. Gambar yang dirakam di Iraq, didakwa sebagai gambar di Ghouta. Video latihan pesawat tempur Rusia, didakwa sebagai video serangan udara Rusia. Malah di Hollywood sendiri, terdapat studio khusus bagi melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu untuk propaganda Asia Barat.

Tujuannya adalah untuk memujuk simpati masyarakat antarbangsa terhadap apa yang berlaku di tempat-tempat yang merek sasarkan. Walaupun perang turut berlaku di Iraq, Yaman dan Libya, tetapi yang tular hanya di Ghouta. Inilah taktik yang dikenali sebagai media priming. Apabila simpati berjaya diraih, mereka mudah untuk melobi keizinan masyarakat antarabangsa untuk masuk campur dan menceroboh kedaulatan negara tertentu seperti yang pernah mereka lakukan di Iraq dan Libya. Malah Hitler pernah melakukannya di negara Balkan.

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-42115748

https://www.yenisafak.com/en/video-gallery/world/pydpkk-terrorists-use-fake-images-on-social-media-2171422

http://worldbeyondwar.org/can-spot-propaganda-2/

https://www.pri.org/stories/2012-11-12/most-disturbing-fake-videos-making-rounds-syria

http://www.telegraph.co.uk/culture/tvandradio/bbc/9293620/BBC-News-uses-Iraq-photo-to-illustrate-Syrian-massacre.html

https://barbaramckenzie.wordpress.com/2017/11/09/alaa-noor-not-just-one-but-two-little-syrian-girls-now-tweeting-from-east-ghouta/

 



Comments
Loading...