Melayan Bontot Lembu


SeaDemon Says

Banyak betul ajaran sesat yang disebarkan melalui WhatsApp sejak kebelakangan ini.  Kalau ikut logik penyokong parti pembangkang, itu tanda-tanda pilihanraya semakin hampir.  Kalau difikirkan, pilihanraya semakin hampir setiap hari sejak berakhirnya pilihanraya umum yang lepas.  Disebabkan ketandusan isu, maka isu-isu lama digemburkan kembali.  Inilah yang disebarkan:

1. Kalau Najib tak salah, kenapa AG Gani Patail yang sedang siasat 1MDB dan SRC dipecat dari jawatannya atas alasan dia sakit (mungkin sudah dekat nak mati). Tapi sampai hari ini Ghani masih hidup, cergas dan akhir sekali berita dari Ghani mengatakan dia bekerja sebagai peguam pula. Tak sakit tenat pun, belum mati pun.

Gani Patail telahpun mencapai umur persaraan dan sedang berkhidmat dalam tempoh kontrak semasa perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara tidak lagi dikehendaki oleh Yang DiPertuan Agong.  Artikel dari Majlis Peguam Malaysia ini juga mengesahkan Gani menghidap sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Selain itu, mantan Presiden Majlis Peguam Negara juga mengesahkan dalam petisyennya bahawa beliau pernah lihat Gani Patail mengendalikan mesyuaratnya di hospital ketika sedang menjalankan rawatan dialisis.

Rawatan dialisis biasanya akan mengambil masa EMPAT JAM , dan pesakit memerlukan di antara DUA hingga DUA BELAS JAM untuk tubuhnya kembali segaruntuk melakukan lain-lain perkara.

Di dalam situasi yang kritikal yang memerlukan tumpuan penuh seorang Peguam Negara, sudah tentu Gani Patail tidak dapat memenuhi kehendak tugasnya.

2. Kalau Najib tak salah, kenapa pula Hamid Bador Boss No. 2 dalam SB atau Special Branch yang juga terlibat siasatan 1MDB, SRC dsbnya telah ditransfer dari jawatannya dan diarah melaporkan diri ke JPM pula. Hamid terus bersara dari pada perkhidmatan Polis.

Pertamanya, Hamid Bador tidak terlibat langsung dalam siasatan terhadap 1MDB dan lain-lain syarikat yang berhubung kait dengan syarikat tersebut.

Keduanya, seorang pegawai polis adalah tertakluk kepada Akta Polis, 1967 yang mana Seksyen 4(1) Akta tersebut berkehendakkan semua pegawai dan anggota PDRM menjalankan tugas di bawah kawalan seorang Ketua Polis Negara yang bertanggung jawab kepada seorang Menteri.  Takrif Menteri di sini mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan ialah seorang yang dilantik dan diturunkan kuasa eksekutif oleh Yang DiPertuan Agong mewakili Seri Paduka Baginda.  Ini bermakna, kesetiaan kepada Raja dan Negara mengikut takrif adalah juga kesetiaan kepada kerajaan Yang DiPertuan Agong yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Ketiga, Hamid Bador dikatakan adalah seorang yang tidak sebulu dengan mantan ketuanya, Dato Akhil Bulat.  Kemudian, Hamid juga dikatakan tidak berpuas hati kerana Datuk Fuzi (kemudiannya Tan Sri), dilantik menggantikan Dato Akhil Bulat sedangkan beliau (Hamid) lebih tinggi kekananannya.  Dalam konteks ini, Fuzi adalah lebih bernilai berbanding dengan Hamid kerana Fuzi pernah menjadi Pesuruhjaya Polis di Sabah.  Hamid langsung tidak pernah menerajui mana-mana kontinjen polis di peringkat mana-mana negeri.  Fuzi juga mempunyai jaringan yang baik dengan agensi-agensi perisikan luar negara berbanding Hamid.

3. Kalau Najib tak salah kenapa pula pegawai siasatan SPRM juga ditransfer daripada jawatan mereka.

Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah pegawai perkhidmatan awam seperti yang ditakrif oleh Seksyen 6(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009.  Disebabkan takrif tersebut, mereka juga tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1993, yang melalui Seksyen 4(1) menyebut bahawa setiap pegawai perkhidmatan awam dikehendaki memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Yang DiPertuan Agong, negara dan Kerajaan.

Seksyen 4(2)(f) dan (g) Akta tersebut juga menyebut pegawai perkhidmatan awam tidak boleh tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab.

Apa yang Bahri Md Zin telah lakukan ialah membocorkan hasil siasatan kes berhubung 1MDB kepada isteri kedua beliau, Noor Haslina Abdullah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...