Harapan Yang Berbahaya


Ramai dari kalangan para pemegang jawatan dalam DAP adalah mereka yang beragama Kristian dan agak fanatik. Di antara mereka yang tersenarai sebagai beragama Kristian dari kalangan pemegang jawatan dalam DAP termasuk Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Ong Kian Ming, dan Yeo Bee Yin.

SEADEMON SAYS

rabiddog
Tian Chua memang tidak menghormati penjawat awam

Pakatan Orang-Orang Yang Tidak Menghormati Undang-Undang

Pada bulan Disember 2007, harapan Pakatan iaitu Tian Chua telah menggigit seorang konstabel polis Rosyaidi Anuar yang sedang melaksanakan tugas beliau di luar perkarangan bangunan Parlimen.  Akibat perbuatan tersebut, Tian Chua telah dipenjarakan selama enam bulan dan denda RM3,000.00 pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2017, Tian Chua telah menarik balik rayuannya di mahkamah terhadap hukuman penjara yang telah dikenakan terhadapnya kerana gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun 2012.

Terkini, Tian Chua telah didapati tidak layak bertanding untuk Pilihanraya Umum Ke-14 kerana telah didenda sebanyak RM2,000.00.

Satu persoalan telah timbul kerana sebelum ini Tian Chua yang dikenakan hukuman denda RM3,000.00 pada tahun 2008 kerana menggigit seorang anggota polis seperti di atas, telah membuat rayuan dan mendapat pengurangan denda dari RM3,000.00 ke RM2,000.00.

Pada pendapat saya, Hakim Ghazali Cha telah membuat kesilapan dalam penghakimannya dengan mengulas bahawa hukuman denda tersebut dikurangkan dari RM3,000.00 ke RM2,000.00 untuk mengelakkan daripada perlunya mengadakan sebuah pilihanraya kecil yang akan memakan belanja yang amat besar untuk mencari seorang Ahli Parlimen yang baru.

Penghakiman tersebut berniat baik, namun tersilap dari segi Perlembagaan.  Akibatnya, Tian Chua telah dibenarkan untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Kawasan Batu, dan bertanding semula pada tahun 2013.

Terkini, Tian Chua telah dilucut kelayakan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-14 kerana telah dihukum denda sebanyak RM2,000.00.  Pada asalnya, Tian Chua telah dihukum denda sebanyak RM3,000.00 kerana menghina seorang pegawai polis.  Hukuman tersebut telah dikurangkan kepada RM2,000.00 kerana ianya tidak melibatkan perbuatan fizikal seperti…kegemaran Tian Chua…menggigit.

Namun, Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut mana-mana orang yang dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas adalah tidak layak untuk menjadi seorang Ahli Parlimen.

Ini bermakna, Tian Chua telah dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan dan bukannya oleh SPR itu sendiri.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...