Dr M tidak angkat sumpah hari ini


(FMT) – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengangkat sumpah hari ini, susulan kemenangan Pakatan Harapan semalam.

Difahamkan satu pengumuman mengenai istiadat angkat sumpah akan dibuat nanti, walaupun tidak jelas sebab di sebalik penundaan itu. 

Pengerusi PH itu dijangka mengangkat sumpah jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Ke-5 pada 9.30 pagi hari ini, selepas PH mencapai majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Awal pagi ini, Dr Mahathir berkata apabila istana diberitahu berkenaan kemenangan PH, pihaknya telah menghubungi beliau.

“Mereka belum diberitahu oleh Suruhanja Pilihan Raya (SPR) bahawa kita sudah capai majoriti mudah,” katanya semasa dengan ahli DAP, Amanah, PPBM dan PKR.

Katanya, sejurus selepas istana melantiknya sebagai perdana menteri, beliau akan melantik timbalan perdana menteri dan ahli lain sebagai Kabinet baru.

PH sebelum ini berkata mereka akan melantik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

 



Comments
Loading...