Najib Adakan Sidang Media Khas Pukul 11 Pagi
(Awani) – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan satu sidang media berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini.
Memetik portal berita tempatan, wakil media Najib, Joan Lai mengesahkan perkara itu di kediaman Najib di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini hari ini.
“Satu sidang media akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 11 pagi (Khamis),” katanya.
Turut melaporkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat melawat Najib di kediamannya malam tadi.