Tiada sekatan terhadap Najib, Rosmah setakat ini, kata KP Imigresen


(Mkini) – Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu, tiada sekatan yang dibuat terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia berikutan dakwaan bahawa Najib dan Rosmah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

“Tidak ada sekatan pun setakat ini,” katanya ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

Selain itu, ditanya mengapa di ruangan carian Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) Najib dan Rosmah tertera “Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat”, Mustafar tidak mengulasnya.

Sebaliknya beliau sekali lagi mengulangi jawapannya bahawa tiada sekatan dibuat terhadap bekas perdana menteri ke-6 itu dan isterinya.

Read more here



Comments
Loading...