Gerakan “Third Force” dan Kalimullah dikesan bagi halang Anwar menjadi PM


(chegubard.blogspot) – Sebelum ini saya ada membuat catatan dalam blog ini mengenai wujud satu team yang diseliakan oleh Kalimullah yang mana dia awal sebelum ini porpular sebagai orang KJ yang menjadi antara punca kejatuhan Abdullah Badawi. http://chegubard.blogspot.com/2018/05/hello-kalimullah-jentik-jentik-cubaan.html Untuk pengetahuan semua , ramai tidak mengetahui selepas pengunduran Abdullah Kalimulah selain terus rapat dengan KJ , dia juga berteduh dibawah payung Muhiyuddin.

Dari sumber dalaman yang sahih saya difahamkan dan sangat percaya wujud satu gerakan yang dinamakan “Third Force” oleh pihak yang bercita tinggi dalam politik dan golongan ini bertujuan untuk melaga – lagakan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim supaya peralihan kuasa untuk Anwar jadi PM dalam masa 2 tahun ini gagal. Puak ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Ahli Parlimen. Kumpulan ini juga dengan dana yang besar telah mengumpulkan ‘cybertrooper’ berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti.

Setelah diselidiki ‘cap jari’ Kalimullah dikesan dibanyak tempat. Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. Gerakan “Third Force”  ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik.

Ramai anggota PKR dan aktivis reformasi 1998 mahu kekal kedudukan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti PKR. Kami juga mahu kekal kedudukan 3 pemimpin tertinggi didalam Pakatan Harapan iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, Wan Azizah sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

Kalimullah dan anggota juga perlu tahu bahawa janji Pilihanraya PH kepada rakyat adalah Mahathir cuma sebagai PM sementara sehingga Anwar ambil alih. Ini janji Pilihanraya yang dibuat kepada rakyat sama saperti janji GST dan lain lain.

Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa PH menang bukan atas faktor Mahathir semata – mata. Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja. Pihak Kalimullah dan “Third Force” nya perlu terima hakikat sebenar dan jangan ingat yang jawatan Perdana Menteri hak mutlak parti Pribumi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...