10 Fakta, Data, Statistik Menyangkal Kajian INVOKE Dan Rafizi Ramli Bahawa Tun Mahathir Bukan Faktor Kemenangan


(The Coverage) – Kita berharap rakyat Malaysia dapat meneliti isu faktor kemenangan pilihan raya 14 oleh Pakatan Harapan dengan fakta, statistik, data, dan kebenaran dan bukan semata – mata berdasarkan kepada retorik dan kajian yang tidak tepat dan menyeluruh. Kita juga berharap pihak yang tidak bersetuju dengan analisis yang bakal dikemukan dapat menerima perbezaan pendapat dengan hati yang terbuka.

Mari kita mengkaji secara mendalam adakah benarnya dakwaan teori – teori tertentu yang merasakan kemenangan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan oleh faktor Tun Mahathir secara ilmiah , matang dan terbuka.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) – KAJIAN INVOKE

Sebaliknya, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir.

JAWAPAN A – KAJIAN INVOKE SILAP

Kajian soalan yang dilakukan sebenarnya sudah pun silap.  Jika soalan pun sudah silap maka tiada hairanlah jawapannya daripada kajian juga tidak akan menjadi tepat dan benar. Soalan kajian sepatutnya berbentuk adakah Tun Mahathir merupakan faktor kemenangan yang memenangkan Pakatan Harapan diikuti dengan faktor – faktor yang lain seperti isu Kos Sara Hidup dan GST? Hal ini disebabkan soalan yang dilakukan oleh INVOKE adalah berdasarkan kepada perbandingan antara taat setia kepada Tun Mahathir berbanding dengan kos sara hidup dan GST maka sememangnya jawapannya akan berlainan.

Kita perlu sedar bahawa faktor taat setia hanyalah antara salah satu faktor mengapakan rakyat menyokong , yakin dan percaya kepada kepimpinan Tun Mahathir. Terdapat pelbagai lagi faktor mengapakah rakyat menyokong kepimpinan Tun Mahathir. Taat setia hanya salah satu faktor. Oleh itu, bagaimana kita boleh gunakan salah satu faktor untuk dibandingkan dengan isu besar seperti kos sara hidup? Satu perbandingan yang tidak adil dan tepat.

Oleh yang demikian , persoalan faktor taat setia tidak seharusnya sesekali digunakan untuk dibandingkan dengan kos sara hidup dan GST seperti mana yang dilakukan oleh INVOKE.

JAWAPAN B – SILAP GOLONGAN SASARAN DALAM KAJIAN

Siapakah golongan yang disasarkan apabila kajian sedemikian dibuat ? Kajian selidik seharusnya ditanyakan kepada mereka yang sememangnya sudah terasa terbeban dengan kos sara hidup sebelum ini tetapi masih menyokong BN dan kali ini mengapakah mereka beralih kepada Pakatan Harapan? Mengapa dahaulu terbeban masih menyokong BN dan mengapakah kini terbeban dan akhirnnya beralih sokongan kepada Harapan?

Adakah disebabkan oleh faktor Tun Mahathir?

Hal ini disebabkan , isu kos sara hidup bukannya isu yang baharu sahaja berlaku tetapi sejak 1998 krisis kewangan negara rakyat sememangnya sudah terbeban dengan kos sara hidup tetapi masih ramai menyokong BN pada PR 1999, 2004, 2008 dan 2013.

Sekirannya soalan ditanya kepada mereka yang sememangnya penyokong Pakatan Harapan maka tiada bezanya sama ada kali ini Tun Mahathir memimpin Pakatan Harapan atau tidak. Oleh tidak mustahil jika jawapan mereka adalah lebih kepada kos sara hidup berbanding faktor Tun Mahathir kerana faktor tidak lagi menjadi isu untuk golongan pengundi sedemkian. Perlu diingatkan bahawa sokongan kelompok pengundi sedemikian masih tidak dapat lagi memenangkan Pakatan Harapan pada PR 1999, 2004, 2008 dan 2013.

JAWAPAN C – UNDI POPULAR MAHATHIR BERDASARKAN KEPADA KEBENARAN STATISTIK

UNDI popular kepada BN pada PR 13 adalah sebanyak 47.38% dan pada PR 14 adalah sebanyak 35.59%. Terdapat penurunan sebanyak 12%. Kajian yang tepat sepatutnya mensasarkan golongan 12% ini yang dahulunya menyokong BN tetapi kini beralih kepada HARAPAN.

PKR memiliki sebanyak 2,096,776 undi popular dengan peratusan 17.1%, DAP memiliki sebanyak 2,098,068 undi popular dengan peratusan 17.38 dan diikuti dengan BERSATU 696,087 ( 5.77% ) , AMANAH 648,274 ( 5.37 ) dan WARISAN 280,520 ( 2.32% ).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...