Menjawab Persoalan Syed Akbar Ali – Why Are So Many Intelligent People Criticisng Anwar Ibrahim?
(The Coverage) – Rakyat yang bijak tidak akan sesekali terpengaruh dengan segala retorik politik Anwar Ibrahim. Tidak akan sesekali terpedaya dengan segala slogan yang dilaungkan.
Sebenarnya tidak perlu rakyat yang bijak untuk membaca siapakah Itu Anwar Ibrahim. Kita hanya perlukan rakyat yang PEKA dan sanggup bersifat rasional untuk menerima hakikat kepekaan mereka. Rakyat yang peka akan tahu kadang kala hanya dalam beberapa jam atau hari sahaja segala kenyataan beliau akan menjadi tidak konsisten.
Sebagai contohnya, pada 18 May 2018 apabila diwawancara oleh Al Jazeera pada minit 2 dia mengatakan bahawa I just wanted him to be just comfortable (Tun Mahathir), you manage the affair of this nation. I need time. I need to break a while with my family.
Ketika ditanya why you dont want to have a significant role from the outset? The entire cabinet is composed on those vast majority of those committed of those committed to reform agenda. And I think they will do well in influencing the course and chart for the future of this nation.
I want him (Tun M) to have a free hand. I don’t want him to feel there is someone looking at his shoulder at every move. It doesn’t make the government seem to be stable
5 June 2018 ketika berceramah, Kita nak tunjuk kepada rakyat bukan perlu jadi wakil rakyat ( MP ) baru boleh sokong, bila tak jadi wakil rakyat mengamuk. Saya kini nak jadi Rakyat biasa di negara ini.
Namun begitu, dalam hari yang sama pening untuk rakyat yang peka mengikuti perkembangan Anwar Ibrahim. Mengapa? Anda sendiri lihat pening atau tidak.