Dendam Apandi berpunca pendedahan kegiatan Faridah Begum
Siri 2 (che’GuBard & Peguam Negara)
1. Dalam siri satu penulisan saya tegaskan kenapa saya meraikan pemecatan Ghani selaku Peguam Negara dalam keadaan semua dibutakan konon dia hero. Tulisan kedua ini bagi menjelaskan saya meraikan pemecatan Ghani bukan beerti saya merayakan perlantikan Apandi. Lantikan Apandi sendiri tidaklah terlalu kontroversi seperti lantikan Gani yang dilihat sebagai naik pangkat kerana berjaya dalam misi menjahanamkan Anwar arahan Mahathir Mohamad. Setakat rekod Apandi Ali selaku ahli Umno dari tahun 1982 hingga 1991 tidaklah seganas rekod (Tan Sri) Zaki Azmi yang pernah memegang jawatan Umno pusat iaitu Jawatankuasa pemilihan Umno Malaysia kemudian dilantik sebagai ketua Hakim pada 2008
2. Namun yang paling menjolok mata ialah bagaimana isterinya Faridah Begum Binti KA Abdul Kader dikesan mempunyai kepentingan dalam puluhan syarikat termasuk yang mempunyai kaitan dengan projek kerajaan. Faridah Begum dikesan merupakan pengarah kepada syarikat antaranya BHL Management Sdn Bhd, Chersonese International (M) Sdn Bhd, Coral Fields Resources Sdn Bhd, FJ Diving Sdn Bhd, Kemayan Corporation Sdn Bhd, Lembah Jaguh Sdn Bhd dan banyak lagi. Antara puluhan syarikat yang merekod pegangan isteri Peguam Negara ini mendapat hak Kuari dan projek kerajaan. Malah ada syarikat miliknya sedang mendapat perintah gulung (winding up) dengan tujuan menutup hutang yang sangat besar. che’GuBard antara yang awal mendedahkan kegiatan perniagaan ‘luar biasa’ isteri peguam negara ini.
3. Jujurnya pernah dinasihatkan untuk jangan terlalu ‘detail’ dengan pendedahan berkaitan peguam negara kerana kalau peguam negara berdendam susah nanti. Namun bagi saya mati itu sekali bertemu pencipta itu pasti. Maka tak ada apa yang perlu saya takutkan. Bukan itu sahaja saya juga menemui anak Apandi punya kepentingan dalam syarikat yang perolehi AP bahan keperluan makanan asas rakyat. Bukan sekadar data syarikat malah akaun bank yang agak luar biasa kaitan keluarga terutama isteri Peguam negara ketika itu saya dedahkan. Pendedahan saya salurkan kepada perbagai pihak. Termasuk ada disebut dalam perhimpunan agong sayap Umno dan beberapa pihak lain.
4. Saya tahu Apandi mula ‘marking’ saya apabila saya mula menyerang pertemuan London dia bersama pemimpin utama pembangkang (ketika itu) dan peranan isterinya dalam media pro pembangkang (ketika itu). Hasilnya saya diserbu oleh puluhan anggota polis bersenjata di stesen minyak tengah malam pada 12 April 2018, dilokap dan didakwa dibawah akta hasutan konon menghina Sultan Selangor kerana isu Azmin MB pintu belakang.
5. Jelas memang Apandi demdami saya kerana ketika pagi 13 April 2018 di Mahkamah, pendakwa raya memberitahu Peguam Negara sudah siap untuk mendakwa beberapa lagi kes ke atas saya. Namun mujur PRU pada 9 Mei Barisan Nasional kalah dan Peguam Negara bertukar. Namun bagi cheGuBard pertukaran peguam negara tidak bermakna kerana ia masih proses yang sama. Perdana Menteri ‘melantik’ Peguam Negara, Agong suka atau tidak kena terima. Maka sudah tentu Peguam Negara kena mengikut telunjuk Perdana Menteri yang punya kuasa.
6. Ini sangat bercanggah dengan janji manifesto pembangkang, kononya mereka berjanji Peguam negara dan pejabat pedakwaan akan berbeza dan diasingkan. Peguam negara akan terdiri dari ahli parlimen hanya untuk menasihat negara dari perjalanan undang undang. Pendakwaan kuasa pejabat pendakwaan, namun ternyata semua hanya janji manis semata. Hakikatnya hingga kini tetap sama.
7. Peguam negara memainkan peranan sama, kes pendakwaan tetap terpilih. Kadir Jasin dan ramai macai Mahathir menjalankan ‘arahan’ menfitnah Agong konon belanja habiskan berratus juta wang rakyat, malah ada macai yang siap menamakan perempuan pertama dan perempuan kedua agong menghabiskan beratus juta wang rakyat….. namun seperti biasa kerana mereka macai perdana menteri maka mereka tidak didakwa …. namun kes akta hasutan saya diteruskan oleh Peguam Negara Malaysia baru dengan lebih tegas. Bukan itu sahaja Peguam Negara Malaysia baru beberapa hari sebelum raya telah menghantar pos laju ke rumah saya memaklumkan Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan ke atas saya yang dituduh selaku penganjur Blackout 505 iaitu perhimpunan protes penipuan PRU ke 13. Ia kes lebih 5 tahun lepas di mana dibantu peguam YB Gobind Sigh saya dibebaskan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, kemudian menang juga rayuan oleh Peguam Negara (Apandi ketika itu) di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan kini Pejabat Peguam Negara (Tommy Romas) kini merayu pula di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tarikhnya 20 Ogos 2018 hanya kerana arahan dendam kerana saya tanpa henti memukul bosnya Mahathir Mohammad.
8. Sekali lagi saya tegaskan tidak ada perubahan reformasi pun, dalam bab perundangan dan pelaksanaan keadilan kerana yang rapat dan mampu menjilat penguasa akan dilindungi yang tidak mahu tunduk akan ditekan zalimi.
jemput baca siri 1 klik http://chegubard.blogspot.com/