Peguam gesa mansuh sistem raja dipanggil polis
Sinar Harian – Peguam wanita dilaporkan menggesa sistem diraja dimansuhkan telah dipanggil polis untuk soal siasat.
Fadiah Nadwa Fikri yang juga aktivis Pakatan Harapan memaklumkan perkara itu melalui ciapan di Twitternya, hari ini.
“Saya telah dipanggil oleh polis untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Soal siasat di IPD Brickfields esok jam 4 petang,” tulisnya.
Kontroversi melanda wanita muda ini selepas beliau mendakwa sistem Raja Berperlembagaan sudah lagi tidak relevan dalam institusi demokrasi negara.
Kenyataan itu mendapat kritikan banyak pihak dan menuntut beliau dikenakan tindakan tegas.