AMLA…OH…AMLA – Bhg: 2


Geliga Niaga

Geliga Naga di maklumkan oleh sumber bahawa semasa rampasan barang kes yang di lakukan oleh pihak Polis (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman) ke atas kediaman bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak adalah tidak mengikut peraturan merujuk kepada Undang-undang AMLA 2001 dan undang-undang lain yang berkaitan, benarkah begitu?

Sebagaimana yang di maklumkan pada Bahagian:1 sebelum ini, pihak yang melakukan serbuan hendaklah memastikan saspek yang diambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan bagi tujuan siasatan 1MDB (Dato Seri Najib) mestilah berada di lokasi-lokasi serbuan dan rampasan berkenaan. Ianya bertujuan untuk menunjukkan barangan yang di rampas kepada saspek serta memastikan bahawa barangan yang di rampas itu di catitkan ke dalam “Senarai Bongkar”.Seterusnya dokumen tersebut (Senarai Bongkar) hendaklah di tanda tangani oleh kedua-dua pihak iaitu Pegawai Rampasan dan Saspek berkenaan sebagai pengesahan rampasan. Walau bagaimanapun ianya tidak berlaku, sebagaimana prosiding yang dimaklumkan di atas,  di lokasi serbuan 3 unit premis di Pavillion Resident.

Pendedahan terkini melalui sumber yang dirahsiakan, pihak Polis telah membuat rampasan secara “pukal” ke atas semua barangan berkenaan. Sedangkan sebagaimana sedia maklum pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman mendedahkan, tindakan sitaan/rampasan yang di lakukan itu adalah yang disyaki berkaitan dengan siasatan 1MDB.

Pihak Polis yang menjalankan siasatan seharusnya bersikap lebih pro-aktif dan profesional. Seharusnya siasatan penuh di jalankan terlebih dahulu sebelum membuat rampasan ke atas barang kes. Pihak Polis haruslah memastikan barang kes yang di rampas mempunyai bukti yang kukuh bahawa ianya adalah hasil dari 1MDB dan barulah pengesanan ke atas barangan tersebut di lakukan dan kemudiannya diikuti dengan tindakan merampas/menyita.

READ MORE HERE

 

AMLA…OH…AMLA – Bhg: 1

 



Comments
Loading...