KERAJAAN PH LEBIH TERUK DARI BN – BADRUL HISHAM


(Watan Online) – Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa lebih teruk dari Barisan Nasion (BN) susulan pelbagai tindakan yang mengetepikan kedaulatan undang-undang serta perlembagaan negara.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin turut mendakwa Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) yang diketuai Tun Daim Zainuddin telah melangkaui kuasa apabila bertindak memanggil dua orang Hakim Negara, seolah-olah jawatankuasa ini yang mentadbir negara.

“MPK membuat kenyataan terbuka meminta Ketua Hakim Negara. Hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa bertemu dengan hakim, namun Perdana Menteri tidak boleh mencampuri prosiding kehakiman.

“MPK ditubuhkan ketika kabinet belum dibentuk, Menteri belum angkat sumpah, Parlimen juga belum bersidang. Namun MPK begitu berkuasa memanggil agensi pelaksana, perundangan (penguatkuasaan) dan sesiapa sahaja,” katanya kepada Watan Online pada Khamis.

Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard turut mendakwa MPK merupakan jawatankuasa haram.

“MPK ini adalah “unconstitutional” ia diwujudkan tanpa keabsahan undang undang. Mereka juga tidak terikat mana mana kontrak jauh sekali ada sumpah taat setia pada negara,” katanya.

Badrul Hisham berkata, penubuhan MPK telah memahat sejarah hitam negara yang dilihat lebih berkuasa dari kabinet

“Sepatutnya kabinet yang membuat sebarang keputusan namun sebaliknya berkaku apabila kabinet seperti terletak dibawah jawatankuasa ini.

“Prinsip pemisahan kuasa antara kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman hancur tanpa kita sedar, dan ia bakal menjadi tanda aras baru yang bakal menjadikan negara Malaysia ini jauh dari menjadi negara hukum yang menjamin keadilan dan hak,” katanya.

Daim Zainuddin sebelum ini dilaporkan telah memanggil Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin ke pejabatnya di Jalan Ampang dalam satu pertemuan tertutup dan mendesak mereka untuk meletak jawatan.

 



Comments
Loading...