PRK Sungai Kandis Tanda Aras Perjuangan Bumiputera dan Islam Pasca PRU-14
Ab Jalil Backer
1. Terima kasih pucuk pimpinan parti yang membawa calon peringkat nasional, Dato Lokman Noor Adam bertanding di DUN Sungai Kandis dan menggunakan logo Barisan Nasional.
2. Pilihan raya ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri Selangor. Sesiapa kalah atau menang PKR tetap memerintah negeri.
3. Kalah atau menang BN juga Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
4. Pencalonan Lokman Nor Adam ini adalah satu ujian kepada orang Melayu sahaja. Lokman orang paling ke hadapan memperjuangkan isu Islam dan Melayu selepas PRU-14.
5. Jika undi Melayu banyak ke PKR bermakna mereka merestui segala tindak tanduk kerajaan hari dalam hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam. Maka sukar untuk UMNO dan Lokman sendiri terus bersuara lantang mempertahankan asas negara Malaysia ini.
6. Orang Melayu dan Islam dalam DUN Sungai Kandis harus membuat keputusan sama ada mereka mahu taksub kepada PKR dan Mahathir membuta tuli;
7. atau memberi isyarat bahawa Melayu tidak rela Pakatan Harapan meruntuhkan kedudukan status quo Bumiputera dan Islam di negara ini yang telah dibina sejak 60 tahun lalu.
8. Hentikanlah beri alasan benci sikap pemimpin UMNO, BN dulu korup dan calon ada cacat cela. Hentikanlah cakap soal sejarah dan persepsi lampau. Ini soal masa depan.
9. Isu di Dun Sungai Kandis ini hanya satu, apakah orang Melayu merelakan semua yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa?
10. Tidak penting Lokman kalah atau menang. Kita hanya ingin seluruh undi Melayu pergi kepada Lokman supaya DAP tidak menjadi terlalu berkuasa dan bermaharajalela dalam Pakatan.
11. Namun jika ini tidak berlaku maka pengundi Melayu di DUN Sungai Kandislah yang memberi peluang DAP menguasai Pakatan Harapan.
12. Pisau dan mentimun di tangan pengundi Melayu DUN Sungai Kandis! Sejarah akan menghakimi anda.