Dr M beri amaran pada Geely?


The Third Force

Dua hari lalu Careta diberitahu bahawa Tun sedang bermesyuarat dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, pemilik 55.92 peratus saham syarikat DRB-Hicom dan juga CEO DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Reza Albar.

Turut hadir di dalam mesyuarat itu ialah pegawai tinggi dari Zheijiang Geely Holding Group Co. Ltd dari China. Laporan awal yang kami dapat sehari sebelum mesyuarat itu ialah pengerusi Geely, Li Shufu sendiri yang sepatutnya hadir.

Pertemuan pagi Jumaat itu dilakukan di pejabat kedua Tun, iaitu di bangunan Yayasan Al-Bukhary. Pejabat ini ialah lokasi kegemaran Tun untuk hari Jumaat kerana lokasinya yang terletak hanya beberapa meter dari Masjid Negara.

Tun pada mulanya dikatakan mahu membuat sidang media selepas mesyuarat tersebut tetapi tidak berlangsung. Tidak dapat dipastikan akan butiran yang dibincangkan semasa perjumpaaan tersebut tetapi yang pasti, hanya ada satu perkara yang menyatukan ketiga-tiga pihak itu – PROTON.

Umum mengetahui Tun Mahathir tidak sokong akan penjualan PROTON kepada Geely, namun dengan keadaan kewangan yang tenat, penjualan kenderaan yang tidak bermaya dan masalah tiada halatuju yang kukuh untuk terus wujud menjadikan pencarian rakan kongsi teknikal itu sesuatu yang tidak boleh disangkal lagi untuk syarikat kenderaan kegemaran Tun.

Namun begitu, satu wawancara video antara Tun dengan wakil media dari China yang berbahasa Inggeris, South China Morning Post sekali lagi menunjukan ketegasan Tun di dalam pendiriannya mengenai urusan perdagangan dengan negara besar itu.

Menurut wawancara tersebut (tonton video wawancara tersebut di dalam artikel ini), Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan Malaysia tidak akan “cari pasal” dengan negara sebesar China kerana pasarannya yang terlalu besar.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...