Puluhan ribu bangsa Melayu akan muflis dalam tempoh enam bulan


Geliga Naga

Melihat kepada perkembangan semasa melalui arus pemerintahan kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, kebajikan rakyat nampaknya bukanlah menjadi keutamaan. Keutamaan mereka adalah mencari kesalahan dan menunding jari kepada pihak lain. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka mentadbir urus Negara ini dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Mereka terbukti gagal untuk memenuhi janji 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan yang akan tamat tempoh 100 hari pada 18hb Ogos 2018 ini.

Kemelut ekonomi berlansung secara berterusan. Puluhan billion Ringgit di bawa keluar oleh para pelabur akibat ketidakyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad mentadbir urus ekonomi Negara. Kegagalan di dalam memperbaharui rundingan perniagaan dengan China menerusi agen kerajaan iaitu Tun Daim menambahkan lagi kekalutan ekonomi.

Terkini bangsa Melayu pula akan menjadi mangsa seterusnya. Puluhan ribu bangsa Melayu akan di isytihar muflis dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Kenapa? Geliga Naga di maklumkan bahawa ratusan ribu pekerja bertaraf kontrak yang bertugas di Jabatan Kerajaan, GLC Kerajaan telahpun ditamatkan kontrak. Dengan kata lain mangsa-mangsa ini diberhentikan kerja. Tindakan memberhentikan kerja bukan setakat pekerja bertaraf kontrak sahaja tetapi ianya juga melibatkan semua jawatan lantikan politik termasuklah Duta-duta Malaysia di luar Negara.

Kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas ada membuat pinjaman kewangan dari institusi perbankkan melalui pinjaman kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Bagaimana mereka mampu untuk membuat bayaran semula sedangkan mereka kini tidak mempunyai pendapatan ekoran penamatan kontrak pekerjaan. Maknanya mereka akan menghadapi tindakan mahkamah menerusi bank-bank berkenaan dan akhirnya mereka akan diisytiharkan muflis.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...