Sudah tiba masanya untuk Drama 1MDB berakhir


Salleh SD

Dalam beberapa hari sahaja lagi akan genap 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara dan 100 hari ini juga pelbagai Manifesto yang mereka janjikan pada rakyat Malaysia, antaranya adalah seperti menghapuskan hutang Felda, menyamaratakan gaji minimum di seluruh Negara, menangguhkan pembayaran hutang PTPTN, dan lain-lain.

Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan makin hari makin pudar. Kini Kerajaan Pakatan Harapan lebih cenderong ke arah mencari kesalahan, membalas dendam dan mengkambing hitamkan kerajaan terdahulu dari menunaikan manifesto yang mereka janjikan pada rakyat Malaysia. Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan seolah-olah sudah lenyap dan tidak kendengaran dari mata dan telinga rakyat Malaysia. Tidak seperti dahulu sebelum pilihan raya yang ke 14 — di mana manifesto mereka sering dilaungkan oleh pemimpin-peminpin Pakatan Harapan di setiap pelusuk negara.

Di samping manifesto yang makin lenyap dari kedengaran, mereka juga mensajikan rakyat Malaysia dengan Drama 1MDB yang tiada kesudahannya. Dari satu rampasan ke satu rampasan. Dari sekecil handbag hingga ke sebesar yacht. Semestinya, Drama 1MDB yang dimainkan adalah satu drama yang menyeronokkan untuk dipertonton pada rakyat Malaysia tetapi setiap drama perlu ada episod penamatnya.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan perlu mengakhiri episod Drama 1MDB dan mereka perlu memberi lebih fokus pada urus tadbir Negara dan berkhidmat pada rakyat Malaysia. Itu adalah tanggungjawap yang di pikul untuk sesebuah kerajaan.

 



Comments
Loading...