Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana objektif kedua-dua parti adalah sama iaitu untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH) yang sekali gus menjadi simbolik bermulanya penolakan rakyat terhadap PH.

“UMNO Selangor memberi jaminan dan komitmen untuk berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pas,” kata beliau selepas berakhirnya proses penamaan calon PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pagi ini.

Dalam PRK itu, Pas mempertaruhkan Dr. Halimah Ali sebagai calon untuk menentang Halimey Abu Bakar daripada PKR yang mewakili PH.