PENGUNDI RASA KECEWA DAN TERTIPU: HASIL KAJIAN 100 HARI JANJI-JANJI MANIFESTO PH


DARI SUDUT LAIN

Pendahuluan

Setelah 100 hari PH mendapat mandat memerintah Malaysia, pelbagai pihak telah menyatakan rasa kecewa dan tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan PH yang dilihat tidak serius malah memberi pelbagai alasan yang tidak dapat diterima pengundi. “Manifesto bukan Kitab Suci” adalah kemuncak pembohongan yang melenyapkan terus harapan yang ditabur sebelum PRU ke-14. Segala janji-janji manifesto hanya tinggal janji kosong ibarat “menanam tebu dibibir”.

Slogan “Malaysia Baharu” tidak memberi  apa-apa makna kerana kos sara hidup masih tetap melambung, harga petrol gagal untuk diturunkan. Jauh sekali mahu menghapuskan TOL dan hutang PTPTN seperti dijanjikan. Malah cukai GST yang dihapuskan akan diganti pula dengan cukai SST yang lebih tinggi dan membebankan. Menteri Kewangan sendiri tidak dapat menjamin harga barangan dapat diturunkan selepas cukai SST diperkenalkan semula pada September nanti.  Pemimpin Pakatan seolah baru tersedar bahawa mereka telah “over promised” dan akhirnya mengakui janji yang ditabur tidak akan dapat dilaksanakan.

Hakikatnya mereka sangat tahu terutamanya Tun Dr Mahathir yang berpengalaman 22 tahun bahawa janji-janji manifesto PH hanyalah sekadar mengabui mata rakyat untuk menumbangkan BN. Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada rakyat dengan mengangkat kelompok LGBT, skandal rasuah politik pegawai  Menteri Pertahanan dan lain-lain telah menambah lagi derita ibarat menuang garam ke atas luka yang memedihkan.

Hasil Kajian

Penyataan kekecewaan ini telah dizahirkan dan di laporkan melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

1. Sinar Harian

Undian secara langsung di facebook page Sinar Harian menunjukkan 78% atau 21,320 mengatakan Pakatan Harapan TIDAK memenuhi janji manifesto mereka. Hanya22% atau 5,707 pengundi mengatakan YA.

2. Facebook Kelab Maya Mahathir

KMM ini mendapat penyertaan paling tinggi iaitu seramai 54,100 pengundi. Keputusannya menunjukkan 88% kurang berpuashati dan cuma 12% mengatakan 100 hari kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Mahathir adalah terbaik.

3. Suara Rakyat

Sementara undi Suara Rakyat “Adakah anda berpuas hati dengan pentadbiran 100 hari kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir” yang melibatkan  42, 100 pengundi setakat ini menunjukkan 79% tidak berpuas hati. Hanya21% yang berpuas hati.

4. Malaysian Insight

The Malaysian Insight dalam survey “Are you happy with Pakatan Harapan first 100 days in office?” mendapati hanya 33% pengundi yang menjawab YES sementara 67% pengundi menjawab NO. Undian yang dilakukan melibatkan 53,000 pengundi.

5. Merdeka Centre

Kaji Selidik Merdeka Centre yang cenderung kepada kerajaan Pakatan Harapan pun merekodkan penurunan setakat Ogos 2018 daripada 87% kepada 67% rakyat berpuashati dengan kerajaan Pakatan Harapan berbanding peringkat awal peralihan kuasa. Walaupun masih tinggi peratusan yang berpuashati namun kajian ini hanya melibatkan 1,160 pengundi yang di anggap sangat kecil dan tidak mewakili rakyat terbanyak. Merdeka Centre mendapat pembiayaan kewangan dari National Endowment for Democracy (NED) yang berpengkalan di Washington Amerika.

6. Otai BERSIH

Keputusan undian oleh Otai BERSIH yang melibatkan 36, 500 pengundi menunjukkan 80% tidak berpuas hatidengan kerajaan Pakatan yang gagal melaksanakan janji 100 hari.

7. PATRIOT dan TKMM

Kajian yang dilakukan dua badan ini menunjukkan 90%pengundi yang sangat tidak berpuashati sementara hanya10% yang sangat berpuas hati.

Kesimpulan

Majoriti kajian-kajian yang jalankan menunjukkan rasa tidak puashati dan kecewa sebahagian besar pengundi atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji 100 hari mereka. Rakyat merasa tertipu dan semakin resah dengan gelagat pemimpin Pakatan Harapan yang masih dengan retorik tanpa tindakan yang konkrit. Tidak di nafikan masih ada segelintir rakyat terutamanya pengundi tegar PH yang berpuas hati dengan prestasi kurang memberangsangkan kerajaan Pakatan. Mereka seolah-olah sekadar mahu menyedapkan hati dan menjaga air muka pemimpin atasan PH walau jauh disudut hati menyesali apa yang berlaku. Pemimpin PH dilihat tidak serius dan masih berpikiran “ala pembangkang” sedangkan mereka yang sedang memerintah kerajaan sekarang. Perebutan kuasa untuk memastikan kroni yang berkepentingan lebih diutamakan berbanding usaha untuk mengotakan janji-janji manifesto PH. Alasan mewarisi hutang kerajaan terdahulu juga tidak dapat diterima rakyat. Jika pandai berjanji, pandailah juga mengotakan janji kerana “lembu dipegang pada talinya manusia dipegang pada janjinya”.

 



Comments
Loading...