Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF


(Sabahkini) – Sumber MOF memaklumkan Syarikat binaan terowong kontroversi Pulau Pinang Consortium Zenith bakal menjadi syarikat proksi utama Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF. Mengapa?

Sumber dari pegawai Kementerian Kewangan memaklumkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan bersama YB Tony Pua Pegawai Khasnya sedang menyusun pasukan kontraktornya di MOF bagi membolot projek yang bakal dilaksanakan.

Pemain utamanya Tony Pua dikatakan sudah bertemu dengan rakan-rakan kontraktor termasuk dari China dan juga kontraktor kontroversi seperti Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd yang dipercayai Lim Guan Eng membina projek terowong Pulau Pinang.

Sumber MOF itu mendedahkan Zenith bakal kembali tetapi bukan di Pulau Pinang kini di Putrajaya. Syarikat Pembina Terowong Pulau Pinang kos RM6.34 bilion dibayar awal RM209 juta dengan keuntungan syarikat RM 61.5 juta pastinya amat sesuai menjadi ‘vehicle’ DAP.

Awal januari tahun ini Consortium Zenith diserbu SPRM bersekali dengan syarikat pemegang saham Ewin-Zenith Sdn Bhd (Menara Boustead Penang), 555 Capital Sdn Bhd (Lee Toong Leon- (Pengerusi YES PCCC).Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd  dan Datuk Ewe Swee Kheng timbalan pengerusi syarikat Ewein Berhad direman SPRM 8 hari. 76 saksi dan 42 lokasi diserbu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...