Skandal Songlap Mega Era Mahathir Tiada Siapa Siasat


MUNGKIN lucu dan pelik apabila sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tiada siapa pun berani mahu menyiasat pelbagai penyelewengan negarawan tersebut.

(My News Hub) – Meskipun isu panas itu sering dibangkitkan pembangkang termasuk otai DAP sendiri, Lim Kit Siang sama ada ketika berceramah politik atau perbahasan di Parlimen, akhirnya skandal mega berkenaan senyap begitu sahaja.

Siapa boleh membuktikan wang rakyat digunakan untuk bailout atau menyelamatkan Perwaja Steel Berhad benar-benar diberi kepada syarikat keluli terbesar nasional itu dan telah digunakan seperti yang dipohon pihak tersebut.

Pernahkah Perwaja disiasat secara telus sebagaimana dilakukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen begitu gigih menyiasat aliran dana oleh sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia iaitu 1MDB?

Bayangkan sejumlah RM9 bilion diperuntukkan untuk Perwaja dan kesemua dana itu terhapus hangus begitu sahaja ketika era sekeping tiket wayang filem masih berharga RM1.20 dan sebungkus nasi lemak pun bernilai 50 sen.

Ketika Proton pernah dahulu memohon dana kerajaan berjumlah RM1.5 bilion, ia disertai dengan ‘kertas kerja’ yang menyatakan sebab apa jumlah itu dipohon dan bakal digunakan untuk apa lengkap butiran sebelum diluluskan.

Lucunya konon untuk membayar vendor tetapi setelah jual kereta pun Proton masih mahu wang bantuan untuk membayar vendor. Siapakah bijaksana di tampuk Proton sebagai ‘diktator’ ketika itu? Semua tahu jawapannya.

Ia kegagalan mutlak, tetapi tidak dianggap jenayah seperti 1MDB kerana tiada siapa mahu jatuhkan siapa ketika itu, walau sudah 30 tahun Proton wujud, tidak mengapa, kerana ia memberi banyak pekerjaan sebagai alasan logiknya.

Dalam erti kata lain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya boleh ‘buka’ lagi 10 buah kilang kereta dengan kesemuanya rugi tetapi itu tidak mengapa kerana memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

Namun, sebelum RM1.5 bilion diberi, dianggarkan RM13 bilion telah diberi sebagai bantuan selama ini, namun Proton masih memerlukan suntikan dana sehingga hari ini malah kurang menguasai pasaran automotif tempatan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...