Batal BR1M Bermakna Zeti Dicucuk Hidung



KALAU BRIM ditamatkan, Zeti wajib letak jawatan sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Negara (CEP) dan Pengerusi PNB. BRIM adalah idea Bank Negara. Gabenor Bank Negara ketika itu adalah Zeti. Zeti yang mempertahankan idea BRIM.

(My News Hub) – BRIM dicadangkan dalam pembentangan Lembaga Pengarah BNM yang dihadiri oleh DS Najib pada bulan Mac 2011. Ia kemudiannya dibentang dan dibahas dalam mesyuarat “Majlis Ekonomi Negara” pada bulan Mac dan Ogos 2011. Dengan kata lain BRIM lahir melalui pertimbangan teliti. Ternyata mekanisme subsidi dan kawalan harga yang negara gunakan ketika itu mengakibatkan kos fiskal yang besar. Sebab itu BRIM diperkenalkan supaya sampai kepada golongan “sasar” yang sebenarnya.

Menurut Zeti, BRIM adalah hasil kajian menyeluruh terhadap sistem pemberian subsidi dan jaringan sosial (social net) di beberapa negara lain. Ketika itu Malaysia hampir melaksanakan langakh “fiscal consolidation” dan antaranya rasionalisasi subsidi.

BRIM dibatalkan kerana ego dan kesilapan Tun M membatalkan GST. Dia mahu menghapuskan legasi Najib kerana BRIM dikaitkan dengan Najib. Akibatnya rakyat yang susah. Padahal ia hasil kajian teliti dan dipuji oleh pakar ekonomi dan Parlimen UK. Bertambah buruk kerana ahli CEP seperti Zeti dan Jomo dicucuk hidung. Zeti wajar letak jawatan.



Comments
Loading...