UMNO BANTU PAS DI PRK SERI SETIA DEMI PERUBAHAN YANG LEBIH BERMAKNA


DARI SUDUT LAIN

Pendahuluan

PAS telah berada di persada politik tanahair sejak 1951 sebelum kemerdekaan negara. Sejarah panjang penglibatan PAS dalam sistem demokrasi dan politik pilihanraya menyaksikan kematangan dan kesediaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam bentuk gabungan, pakatan atau kerjasama politik (tahalluf siyasi) yang bersifat dinamik namun berprinsip. Tiada tujuan lain dari persefahaman politik itu melainkan untuk memastikan matlamat politik yang digariskan PAS akan dapat di capai. PAS pernah bersama dalam Parti Perikatan pasca Tragedi Berdarah 1969, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990, Barisan Alternatif (BA) 199 juga Pakatan Rakyat (PR) bermula 2008 sehingga 2015. Berikutan konflik dalaman parti, PAS secara bersendirian telah membentuk blok ketiga Gagasan Sejahtera (GAGASAN)dan menolak kerjasama dengan UMNO dalam BN mahupun Pakatan Harapan (PH). Ini telah menyaksikan buat julung kalinya pertandingan 3 penjuru dalam sejarah PRU Malaysia.

Landskap politik Malaysia pasca PRU 14

PAS telah melakarkan kejayaan yang boleh dibanggakan dengan memperolehi 18 kerusi parlimen, menawan Terengganu, mempertahankan Kelantan dan menang beberapa kerusi di Pahang dan Perak serta hampir menguasai Kedah. Ini berlaku dalam keadaan PAS bersendirian membentuk gabungan dan menolak kerjasama politik dengan mana-mana parti utama.  Setelah PH berjaya menguasai Parlimen dan membentuk kerajaan, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan dan kuasa politik orang Melayu dilihat semakin mengecil dan mula diperkotak-katikkan. Rakyat yang mengundi PH mahu agar tiada amalan rasuah, kronisma dan nepotisma berlaku seperti di zaman BN. Namun belum sampai 100 hari sudah ada beberapa siasatan SPRM kes rasuah yang melibatkan pemimpin PH. Pemimpin yang sebelum ini ada kes pertuduhan rasuah juga dilantik sebagai Menteri dan kesnya telah digugurkan oleh Peguam Negara, peguam yang mewakilinya sebelum ini. Kepincangan ini amat ketara namun terus “beraja dimata bersultan dihati”.  Raja Melayu dihina tanpa ada apa-apa tindakan yang diambil. Bahasa Kebangsaan di perlekeh oleh Menteri Kewangan. Situasi ini menimbulkan keresahan malah ramai di kalangan pengundi yang mula melahirkan kekecewaan kerana janji-janji yang tidak ditunaikan.

Kekalahan BN dan UMNO sememangnya memeritkan akibat hilang tampuk kuasa setelah 60 tahun memerintah. Hakikatnya, majoriti orang Melayu masih memberi kepercayaan kepada UMNO dan PAS dalam pilihanraya yang lalu. Hanya segelintir yang mengundi PH Bersama lebih 90 peratus pengundi Cina dan 20 peratus pengundi India. Sungguhpun begitu, ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN dan merubah lanskap politik negara secara total. Justeru, pendekatan politik terutamanya bagi PAS, UMNO serta MIC dan MCA juga sewajarnya berubah dengan perkembangan ini. Satu bentuk gabungan pembangkang yang kuat mesti diusahakan. Jika Tun Mahathir yang dahulu bermusuh dengan DAP dan Dato Seri Anwar Ibrahim boleh berbaik demi survival politik, kenapa tidak PAS dan UMNO?  Adakah mereka itu semua suci dan bersih dari rasuah kronisma dan nepotisma? Anda ada jawapannya.

Kenapa PAS menerima UMNO?

PAS telah menegaskan secar konsisten sebelum dan selepas PRU 14 akan kesediaannya untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO dalam perkara kebaikan selagi tidak merugikan rakyat. Bahkan PAS bersedia berkerjasama dengan mana-mana parti dalam PH demi untuk kebaikan rakyat dan negara.

Jika hujjah kenapa PAS sanggup bekerjasama dgnan perompak duit rakyat, UMNO kini bukan lagi pemerintah yang ada kuasa. Jika dulu PH tidak berkuasa kini mereka yang terdedah dengan salah laku dan korupsi. Lantas PAS atas dasar “amar makruf dan nahi munkar” akan menegurgovernment of the day sama seperti yang dilakukan oleh mana-mana pembangkang termasuk PH satu ketika dahulu. PAS selaku pembangkang bersama dengan parti-parti lain punya tanggungjawab untuk membetulkan segala kepincangan yang berlaku. Persefahaman PAS dan UMNO dalam menghadapi PH adalah bertujuan untuk menguatkan pembangkang yang mempunyai niat murni untuk memastikan Malaysia benar-benar Merdeka dari segala hiprokrasi dan musuh yang berniat menghancurkan kedamaian yang telah terbina.

Jawapan paling mudah jika ada yang berkata “dulu PAS bermatian lawan UMNO alih-alih sekarang berkawan pula”. Benar dulu PAS berhadapan dengan UMNO dan BN yang diberi kuasa memerintah. Dalam tempoh itu PAS secara konsisten menegur, menasihati dan membongkar rasuah dan salah laku yang dilakukan oleh UMNO termsuk yang paling lama semasa 22 tahun Tun Mahathir sebagai PM. Dalam masa yang sama PAS menegas, menganjur sambil meraikan segala usaha Islamisasi dan dakwah ke arah kebaikan yang dilakukan dalam aspek perbankan Islam, pemerkasaan Mahkamah syariah dan lain-lain institusi agama demi syiar Islam dan syariatnya. PAS adalah parti politik yang sangat dinamik dan bersikap rasional dalam membantu “nation building” dan memajukan rakyat dan Negara.

Kini UMNO bukan lagi ulil amr yang ada kuasa pemerintahan. Sebaliknya PH yang baru memerintah telah menunjukkan aksi-aksi politik sempit yang acah-acah bersih tetapi masih mengulangi perangai lama zaman PM ke 4. Tiada apa yang baru melainkan “muka baru” yang membawa agenda parti masing-masing. DAP dengan sikap chauvinist dan anti Islamnya. PKR masih bergelut dengan “perebutan kuasa kartel” demi kuasa dan kekayaan yang tidak menguntungkan rakyat. PAN sibuk dengan agenda menyantuni LGBT dan menyamaratakan agama-agama. Golongan liberal, Syiah, Qadiani terus bergerak bebas malah semakin mendapat tepat atas nama kebebasan bersuara.

Yang peliknya Seminar Bahaya Islam Liberal diarahkan batal dan dilarang dari bersiaran di Radio fm Kelantan yang dikuasai oleh PH. Di manakah kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan selama ini? Hipokrasi jenis apakah ini? Apakah PAS akan berdiam diri dengan segala yang berlaku? Kemungkaran PH ini mesti di perangi habis-habisan. Mereka yang berkuasa sekarang. Peranan PAS menegur pemerintah samada BN atau PH adalah amanah Allah yang akan diteruskan hingga hari Kiamat. Andai DAP mahu membantu, Parti Sosialis sudi bersama, PAS seniasa terbuka menerima. Malangnya agenda mereka berbeza. Perjuangan mereka lain matlamatnya. Maka yang punya iltizam mempertahankan agama dan bangsa yang sama dengan PAS sahaja yang mahu untuk duduk semeja. Orang melayu sudah tidak punya masa, sudah hilang segala-galanya pun masih belum sedar. Malah terus bangga membantu petualang merobek nuansa agama dan tersenyum puas membiarkan orang lain menipu dan memperguna kita.

“PAS bercium mulut dengn UMNO”

Menteri Pertahanan dilihat cuba menutup kes setiausaha politiknya yang disiasat kerana menerima duit rasuah dengan membuat lawak seksi tidak bertanggunjawab “ciuman mulut” antara PAS dan UMNO di PRK Seri Setia. Dia mendakwa tuduhan bahawa PAS dan UMNO akan bergabung sekarang sudah terbukti. Beliau sekali lagi bermain fitnah “PAS terima wang UMNO” dan akan dibuktikan tahun depan. Hakikatnya, PAS menerima secara terbuka mana-mana pihak yang bersedia untuk membantu mengalahkan calon PH di Seri Setia. Salam dihulur oleh MIC, UMNO atas semangat “setiakawan bukan setiakawin”. Malah PAS bersedia membantu MCA di PRK Balakong yang menyaksikan pertembungan parti komponen itu dengan PH. Tiada penggabungan antara 2 parti terbesar orang Melayu ini. Persefahaman politik dan kerjasama antara parti-parti bagi menghadapi “common enemy” adalah exercise biasa dalam persaingan politik yang sihat.

Kenapa PAS tinggalkan Pakatan Rakyat?

Ada yang mempersoalkan kenapa PAS tinggalkan PR Kkalau tidak sudah boleh jadi menteri di Putrajaya. Jawapannya PAS masuk pilihanraya memang untuk menang dan pegang kuasa politik. Dalam politik Malaysia untuk menang PAS perlu bergabung dengan parti-parti lain. PAS cukup sedar akan hal itu. Namun yang rakyat juga perlu sedar, apa yang PAS perjuangkan sebagai matlamat politiknya buka semua diterima oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi yang berkait hal agama dan undang-undang Islam. Parti yang bersifat sekular seperti DAP sangat-sangat tahu itu bertentangan dengan perjuangan parti mereka malah menyebabkan pengundi bukan Islam tidak yakin untuk mengundi Pakatan Rakyat selama PAS masih bersama dalam PR. Sesuatu mesti dilakukan. Singkirkan PAS dari PR dengan taktik menaja sekumpulan anti Presiden TGHH dan mainkan fitnah PAS terima dedak UMNO. Terbukti yang mengisytiharkan PAS keluar dari PR adalah DAP. Mereka ternyata berjaya dengan taktik licik yang tidak bermaruah ini. Tahniah.

PH gusar bila UMNO dan PAS berbaik?

Sebenarnya ada pihak yang sangat gerun melihat parti-parti Melayu dan umat Islam berkerjasama dalam gabungan politik bagi menghadapi pilihanraya kecil juga PRU 15 nanti. Perancangan DAP memecah belahkan orang Melayu boleh dilihat berjaya dengan menaja pemipin pro-DAP dalam PAN dan PKR. Mereka memburukkan UMNO dengan seburuk-buruknya agar orang Melayu menolak UMNO seolah tiada langsung yang baik dilakukan UMNO. Kini mereka berjaya meracuni sebahagian pengundi Melayu yang sudah tidak hirau soal kedudukan agama dan hak mereka yang semakin terhakis. Tanpa mereka sedari kuasa politik orang Melayu semakin hilang sudahlah ekonomi jauh ketinggalan.

Mereka sangat tahu bahawa lebih 70 peratus orang Melayu masih menaruh kepercayaan kepada UMNO dan PAS demi kelansungan agama dan bangsa yang diperjuangkan bersama oleh kedua parti ini. Apatah lagi jika gabungan dan kerjasama ini nanti diteruskan bagi menghadapi PRU ke 15. Jika parti-parti dominan Melayu bersatu bersama parti kaum lain yang tahu menghormati perasaan dan sensitiviti kaum Melayu, ianya akan berupaya memberi cabaran sengit kepada PH. PAS tidak pernah memusuhi bangsa Cina mahupun India yang mengerti dan menghormati hak dan perjuangan orang Melayu dan Islam. Kemajuan Malaysia ini kita dokong dan gembeling bersama kerana kita semua anak Malaysia yang cintakan perpaduan dan keharmonian. Inilah juga teras perjuangan PAS yang berlandaskan Islam yang bermaksud membawa keamanan dan kesejahteraan.

Malangnya ada parti yang mempunyai agenda tersirat yang berniat untuk mengubah sejarah merungkai kedudukan istimewa orang Melayu serta mencabar kesucian Islam sebagai agama Negara. Orang Melayu masih dilanda “denial syndrome” kerana hal ini tidak akan berlaku sekelip mata dalam tempoh 2 atau 3 tahun ini. “Semalam kahwin takkan terus dapat anak”. Memang bukan sekarang. Namun , sekarang pun sudah banyak tanda dan bibit. Bermula perlantikan Peguam Negara, Ketua hakin Negara sehinggakan Speaker Parlimen pun DAP bermatia-matian mahukan LKS diberikan tugas itu. Satu hari nanti PM pun akan mereka tuntut kerana tiada jaminan perlembagaan yang menghalang perkara tersebut. Kalau sebelum PRU 14 bila perkara ini dibangkitkan ramai orang Melayu mencebek sambil berkata “takut sangat dengan hantu…DAP ni hantu mainan UMNO untuk takutkan orang Melayu”. Nah sekarang rasakan.

Dasar vs. Strategi

Satu perkara yang jelas, PAS tidak mengorbankan dasar dan prinsip parti meski mengambil pendekatan politik yang dilihat berbeza dengan sebelumnya. Dasar PAS untuk mendaulatkan Islam dan memajukan negara dengan amalan good governance seperti terbukti di Kelantan selama lebih 28  tahun kekal tidak berganjak walau seinci. Berbaik dengan parti yang dulunya lawan adalah sifir strategi dalam politik “in politics there are no permanent enenemies or friends” diguna sama oleh kalangan PH.

“From Good to great atau to worse”

Jim Collin menulis buku “From Good to Great” yang sangat memberi inspirasi kepada pemimpin organisasi dan korporat. Mungkin itu yang dijanjikan dalam kempen “Bina Semula Negara”. Namum keadaan semasa tidak menunjukkan sebegitu. Ada tanda-tanda yang Malaysia bukan berubah dari good to great tetapi sebaliknya dari good to worse or even worst”. Malaysia tidak akan menjadi great nation dengan mentaliti lama PM ke 4 yang mengutamakan kroni dan perniagaan anak-anaknya. Sikap cuai Menteri Kewangan yang merugikan negara dengan memburukkan keadaan hutang negara menyebabkan pelabur hilang keyakinan. Sikap tidak professional Menteri Pertahanan mendedahkan kelemahan pertahanan Negara dan sikap tidak mengambil serius dakwaan rasuah setiusaha politiknya menjadi barah yang akan merosakkan. Benarlah kata MenHan dulu semasa dalam pembangkang “Kalau aku jadi menteri aku lebih jahat dari menteri UMNO”. Belum dikira sikap tidak acuhnya dengan melibatkan diri dalam aktiviti berhaluan Syiah dalam Negara mahupun diluar Negara dengan jawapan “itu urusan peribadi”. Bagaimana Menteri Pertahanan boleh membenarkan pengaruh dan elemen syiah yang berbahaya kepada keselamatan negara menapak di bawah ketiaknya sendiri.

Kesimpulan

PAS adalah parti yang paling konsisten dalam perjuangan politik untuk mendaulatkan Islam dan memakmurkan bumi Malaysia dengan sumber ekonomi yang dapat dirasai rakyat melalui iniasitif kebajikan dalam aspek pendidikan, kesihatan dan harga barangan serta kemudahan awam yang efisen. Walau dilabel dengan pelbagai cacian dan kata nista serta fitnah jahat PAS terus mara dengan penuh yakin mendekati rakyat. PAS juga terbukti lebih konsisten dalam usaha memerangi rasuah yang boleh dinilai dari track record pimpinannya berbanding dengan parti-parti lain dalam PH. Selagi rakyat masih terhimpit dengan kos sara hidup, pemimpin negara terus mengumpul kekayaan anak beranak, PAS bertekad untuk terus menyedarkan rakyat melalui saluran politik bahawa mereka ada pilihan yang lebih baik berbanding yang telah mereka pilih. Undi mereka semasa PRU 14 hanya atas dasar sentiment “jatuhkan Najib” tanpa ada track record yang benar-benar terbukti. Amalan rasuah, kronisma dan nepotisma masih bertapak kukuh dalam semua parti yang berasaskan politik Machiavelli yang mengenepikan soal dosa dan pahala halal dan haram”. Sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan tangan setiakawan untuk membantu mencapai hasrat itu PAS sentiasa bersedia menyambut dengan ikhlas untuk bersama demi rakyat dan Negara tercinta. “Selamat Menyambut Merdeka dan Hari Malaysia. Teruskan Perjuangan Kemerdekaan Sebenar”.

 



Comments
Loading...