Isteri Pegawai Khas dedah skandal seks suami dengan Timbalan Menteri ‘Warisan’
Noraini Limbot dan suaminya Norazri Pegawai Khas Timbalan Menteri /MP Kota Belud
Gara-gara pergaduhan suami isteri sehingga berlaku kekasaran memukul dan mencekik, seorang isteri kepada pegawai khas Timbalan Menteri mendedahkan skandal suaminya dengan YB Isnaraissah Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud dari Warisan
(Sabahkini) – KOTA BELUD: Desas-desus skandal seks skandal timbalan menteri dari Sabah yang dikaitkan dengan suami orang akhirnya terbongkar jua apabila pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin melaporkan skandal itu dalam blognya.
Artikel “Sex Scandal In Kota Belud Between Its MP And Her Officer” tular sejak semalam dalam media sosial mencetuskan polemik baru di Sabah mengenai integriti seorang Ahli Parlimen yang mempunyai skandal dengan pegawai khasnya iaitu Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh yang telah berkahwin
Noraini Limbot, isteri pegawai tersebut laporkan membuat laporan polis dan menuduh bahawa suaminya mencekiknya dan memukulnya.
Perbalahan Noraini dengan suaminya bersama YB Isnaraissah Munirah Ahli Parlimen Kota Belud yang juga adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar mula dihidu selepas insiden laporan polis 8 Ogos 2018 lalu. YB Isnaraissah Munirah mengaku berselingkuh dengan Mohd Norazri. Noraini dalam laporannya menyatakan dia mengesan kecurangan suaminya itu melalui WhatsApp antara suami dan Isnaraissah.
Sehingga ke hari ini YB Isnaraissah Munirah belum komen apa-apa termasuk menafikan skandal ini. Portal Sabahkini2 akan mendedahkan kemudian laporan isteri serta ‘print screen’ mesej whatsapp curang antara Timbalan Menteri itu dengan pegawai khasnya.